Kehadiran selebriti popular, Bella Astillah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi tadi bagi menemani serta memberi sokongan moral kepada tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata mencuri perhatian lensa media.
Susulan daripada kes prosiding rayuan akhir melibatkan Ahli Parlimen Muar itu yang ditangguhkan ke 13 Julai depan, nama Bella kembali menjadi sebutan hangat netizen di platform media sosial.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hannah Yeoh dilihat memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya sedang berdiri rapat sambil memandang tepat ke arah Bella dengan penuh prihatin.
Artikel berkaitan: Bella Astillah Ajak Orang Ramai Hadir Majlis Solat Hajat Buat Tunang Khamis Ini
Artikel berkaitan: Didi Astillah Mohon Maaf Berhubung Isu Prank Ibu, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Syed Saddiq
View this post on Instagram
Menerusi foto berkenaan, Hannah dilihat sedang berbual rapat dengan Bella berserta titipan kapsyen ringkas yang cukup mendalam.
“Kuatkan dirimu @bellaastillah,” tulisnya.
Netizen Puji Kesetiaan Bella, Doakan Urusan Dipermudahkan
Menjengah ke ruangan media sosial hari ini, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat ketabahan Bella yang sentiasa berada di belakang tunangnya itu dalam menghadapi fasa-fasa sukar.
Malah, ramai yang mendoakan agar urusan kedua-dua pihak dipermudahkan menjelang keputusan penuh mahkamah nanti.

Terdahulu, pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar itu, sekali gus mengetepikan sabitan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada November 2023.
Walau bagaimanapun, keputusan rayuan muktamad yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai depan berikutan salah seorang panel hakim dilaporkan sedang bercuti sakit.
