in

“I wish you strength…” – Mesej Menyentuh Hati Mastura Yazid Kepada Hannah Yeoh Buat Netizen Sebak

Syaz Ft 2026 09 03T141443.152

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid tampil menyuarakan sokongan moral kepada Menteri Wilayah, Hannah Yeoh yang kini sedang berdepan ujian peribadi membabitkan alam rumah tangganya.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Mastura mengakui beliau tidak mempunyai hubungan rapat secara peribadi dengan Ahli Parlimen Segambut itu, selain berbeza ideologi politik. Namun, atas dasar perpaduan sesama wanita dan ahli politik, beliau menyifatkan cabaran yang sedang dilalui Hannah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.


Artikel berkaitan: “Jangan kotorkan rumah sendiri” – Hannah Yeoh Kecewa Dataran Merdeka Banyak Sampah Lepas Habis Tonton Piala Dunia 

Artikel berkaitan: “Kuatkan dirimu” – Ramai Terharu Lihat Hannah Yeoh Turun Mahkamah, Beri Semangat Kepada Bella Astillah

Menurut Mastura, sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat, mereka berdua pernah berdebat dan bertukar pandangan mengenai kepentingan serta masa depan wanita Malaysia, di mana ada kalanya mereka mencapai titik persetujuan yang merentasi jurang politik.

“Sebagai seorang ahli politik wanita yang melalui kerasnya dunia politik dan kepimpinan, saya memahami cabaran yang sedang beliau hadapi.

Apa pun sebab di sebalik perceraian beliau dan suami, tiada siapa berhak menghukum atau mengadili sebuah kehidupan yang tidak kita jalani dan luka yang tidak kita rasai,” katanya.

Mengulas lanjut, Mastura menyeru orang ramai dan netizen agar menghentikan sebarang sindiran, andaian atau spekulasi liar di media sosial yang boleh menambah duka kepada keluarga berkenaan. Beliau turut menegaskan bahawa belas ihsan dan sifat kemanusiaan sepatutnya mendahului sebarang perbezaan politik dalam situasi sukar sedemikian.

“Marilah kita menghormati ruang yang diperlukan oleh beliau dan keluarganya. Dunia politik sudah cukup keras, apatah lagi apabila media sosial menjadi medan perbicaraan tanpa henti dan tanpa sempadan,” tambahnya lagi.

Di penghujung hantarannya, Mastura sempat menitipkan doa dan ucapan khusus buat Hannah serta dua anak perempuannya agar diberikan kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.