in

“Terbaik sepanjang zaman!” – 7 Atlet Malaysia ‘Lejen’ Yang Mencipta Sejarah!

7 Atlet Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada makanan di Malaysia ini, sukan juga antara salah satu ‘pengikat’ kemakmuran bagi rakyat Malaysia, tidak kira apa jenis sukan sekali pun, jika Malaysia menjadi wakil sudah pastinya kita akan berganding bahu dan menyorak demi melihat atlet-atlet berdiri di atas podium.


Atlet di Malaysia ini bukanlah calang-calang dan yang paling terkini, lagu Negaraku berkumandang di Tokyo, Jepun atas kemenangan pingat emas sumbangan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam BWF World Badminton Championship.

45 tahun kita tak pernah merasa pingat emas tau! Akhirnya!

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ini, jom kita lihat tujuh atlet Malaysia yang mengukir sejarah di persada sukan dunia;

#1 Tan Sri Dr. M. Jegathesan

Anak Perak Pelari Paling Pantas Asia Tahun 19662

Dikenali sebagai The Flying Doctor, nama M. Jegathesan menjadi bualan ramai kerana menjadi atlet lari pecut terbaik di Asia pada tahun 1960-an.

Beliau mula mengambil bahagian dalam trek dan padang semasa pengajian perubatannya dan tidak lama kemudian mendapat gelaran Lelaki Terpantas di Asia pada Sukan Asia 1966 di Bangkok, di mana beliau membawa pulang 3 pingat emas.

Dr. Jegathesan juga menyertai tiga Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel pada tahun 1966, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak dalam acara larian 200M.

Selepas bersara dari sukan trek dan padang, beliau terus berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan negara selama 32 tahun dan kekal aktif dalam sukan Malaysia sehingga hari ini.

#2 Dato’ Nicol Ann David

88200233 0F6E 4Ba3 912B B30A4Ad77866

Nicol David memegang rekod sebagai satu-satunya atlet di dunia yang berada dalam ranking No. 1 selama hampir 9 tahun, dari 2006 hingga 2015.

Selain diberi gelaran sebagai pemain skuasy terhebat sepanjang zaman, Nicol bukan sahaja seorang atlet yang hebat malah beliau turut serta dalam World Squash Federation bagi memperjuangkan agar sukan ini menjadi salah satu acara dalam Sukan Olimpik.

#3 Mokhtar Dahari 

Mokhtar Dahari 1

Mokhtar Dahari merupakan salah seorang atlet yang paling disayangi Malaysia pada tahun 1970-an dan 80-an.

Setiap kali dia bermain, sama ada sebagai sebahagian daripada Selangor FA atau pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, laungan ‘SuperMokh’ bergema di sekeliling stadium!

Beliau bukan sahaja seorang pemain bola sepak yang cemerlang tetapi seorang pemain yang sangat setia untuk kelab dan negara kita.

Kehebatan SuperMokh tidak dapat disangkal lagi, beliau membawa Selangor FA memenangi Piala Malaysia dengan rekod 10 kali, malah beliau juga memainkan peranan penting dalam skuad kebangsaan ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 1977 dan 1979.

#4 The Sidek Brothers: Mohmed Misbun, Mohamad Razif, Mohd Jalani, Abdul Rahman & Abdul Rashid 

Copy Of 38Ggweqr Nstfield Image Socialmedia.var 1601866022

Siapa sahaja tak kenal dengan lima orang adik-beradik yang dikira sebagai lagenda badminton negara ini kan? 

Bermula dengan bapa mereka, Sidek Abdullah Kamar yang juga merupakan pemain badminton kemudiannya menjadi jurulatih, keluarga ini merupakan atlet yang terpenting dalam sejarah badminton tanah air.

Mereka mencipta sejarah dalam banyak kejohanan antarabangsa seperti All-England, Thomas Cup serta Sukan Olimpik. Malah, sehingga hari ini ada diantara mereka yang masih mengasah dan menjadi jurulatih kepada atlet-atlet pelapis dalam arena badminton.

Selain itu, pada tahun 1982 mereka mencipta servis yang dilarang sehingga hari ini yang dikenali sebagai S-Serve di mana pihak lawan tidak akan dapat membalas servis tersebut. Hebat kan!

#5 Dato’ Azizulhasni Awang 

O2Trun1Iczk0Tp49Apzd

Pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai Pocket Rocketman menghidupkan semula harapan pingat negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.

Kemenangan pingat peraknya di Sukan Olimpik juga menjadikan dia satu-satunya atlet Malaysia yang memenangi pingat dalam acara berbasikal.

Sebelum itu, Azizulhasni Awang juga merangkul tempat pertama dalam Keirin World Cup pada tahun 2008/2009.

#6  Bonnie Bunyau Gustin

28083132 1

Bonnie Bunyau anak Gustin merupakan seorang atlet angkat berat Malaysia, namanya menjadi megah selepas meraih emas pertama Malaysia dalam sukan itu bagi acara 72 kg lelaki pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dan memecahkan rekod acara tersebut.

Beberapa bulan kemudian, beliau sekali lagi memenangi pingat emas dalam acara tersebut di Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 yang diadakan di Tbilisi, Georgia.

Terbaru, beliau membanggakan Malaysia sekali lagi apabila meraih emas dalam acara powerlifting (lightweight) di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

#7 Soh Wai Ching

201119 Soh Wai Ching Bernama Cover

Nama Soh Wai Ching berada di dalam lipatan sejarah apabila dia menjadi satu-satunya tower runner dalam Asia yang berjaya memenangi dan mendapat rekod terpantas dalam sukan itu di Empire State Buliding New York.

Di situ, beliau berjaya berlari 1,576 anak tangga dalam masa 10 minit 46 saat, walaupun sukan ini dikira sesuatu yang baru tetapi Malaysia bangga dengan pencapaiannya.

Tahun ini sahaja, Wai Ching mendapat tempat pertamanya yang ketujuh dalam lapan pertandingan termasuk di enam bandar raya Amerika, Warsaw, Poland dan Dubai. Terbaru, dia telah menjuarai pertandingan ‘Tunnel to Towers Climb NYC’ di New York, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Sejak membuat penampilan sulung dalam sukan itu pada 2017, dia telah bertanding dalam 68 perlumbaan di seluruh dunia, dengan 36 kemenangan dan 22 rekod.

Kita sebagai rakyat Malaysia kena bangga dengan pencapaian mereka, menjadi atlet bukanlah sesuatu yang mudah tetapi mereka masih berusaha untuk mengibarkan Jalur gemilang di peringkat yang paling tinggi. Ayuh Malaysiaku! 

Baca: Aaron Chia & Soh Wooi Yik Tewaskan Beregu Indonesia, Genggam Emas Kejohanan Badminton Dunia Di Jepun

F4 Badminton Bwf

Sumber: Orang Perak
Sumber: The Star
Sumber: Remaja
Sumber: NST
Sumber: Olympics
Sumber: Maly Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.