in

PELIK! Pelanggan Perlu Timbang Berat Badan Sebelum Buat Pesanan Di Restoran Ini

Aaa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah golongan, mereka menganggap makanan adalah terapi bagi mereka. Tatkala stress pasti makanan akan menjadi pilihan untuk meredakan tekanan.


Tetapi cuba bayangkan bila kita hendak datang makan di sebuah restoran, tiba-tiba sahaja kita sebagai pelanggan diminta untuk timbang berat terlebih dahulu. Mesti pelik kan?

Itulah senario yang berlaku di sebuah restoran di Changsa, China apabila mereka telah menyediakan penimbang berat badan untuk pelanggan sebelum makan di premis mereka.

A 17

Tujuan utama berat pelanggan ditimbang terlebih dahulu adalah untuk memberi cadangan jumlah pesanan yang sesuai untuk dipesan berdasarkan berat badan seseorang.

Selepas menimbang berat badan, terdapat panduan yang mengesyorkan jumlah pesanan yang perlu diambil.

Bagi wanita di bawah 40kg tidak boleh memesan lebih dari dua pinggan. Manakala, lelaki dengan berat 70-80kg boleh memesan hingga tiga hidangan.

A1 3 A2 3

Ini merupakan inisiatif pemilik restoran apabila Presiden Xi Jinping mengatakan masalah pembaziran makanan di negara itu telah mencapai tahap yang membimbangkan. Oleh itu, dengan cara ini mungkin dapat mengawal pengambilan makanan seseorang dan mengawal kadar pembaziran makanan.

Menimbang berat badan secara suka rela

Walau bagaimanpun, pemilik kedai itu melaporkan kepada South China Morning Post bahawa mereka tidak memaksa para pelanggan mereka untuk menimbang berat badan dan memohon maaf jika tindakan tersebut mengganggu sesetengah pihak.

 

Jadi apa pendapat korang? Patut tak dekat Malaysia ni buat juga. Tapi takut nanti lepas timbang berat badan terus tak selera nak makan.

Baca: “Makan ni jadi Hulk ke?” – Order Thai Green Curry, Tapi Gadis Ini Dapat Kari Pelik

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.