in

Pelanggan Beratur Lama Tunggu Giliran Tandas di McDonald’s, Bila Dibuka Rupa-rupanya…

Mcd Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

McDonalds di serata dunia mempunyai ramai pengunjung. Pergi sahaja ke mana-mana cawangan, pasti ramai yang beratur menanti makanan di situ tambahan pula jikalau ada menu baru yang McDonalds promosikan.

Terbaru di McDonalds Bali, pengunjung-pengunjung di situ mendapat kejutan apabila mereka menjumpai mayat di tandas kedai makan itu.


Mcd2
sumber: tribune bali

Menurut Nusabali, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kolok telah dijumpai mati di dalam tandas McDonalds berkenaan.

Semuanya bermula apabila pengunjung terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran untuk ke tandas. Hairan dengan situasi itu, seorang pengunjung menganggap kemungkinan pintu tandas terkunci dari dalam dan memberitahu pekerja di situ tentang hal tersebut.

Staf yang bertugas telah memeriksa pintu itu dan mengambil keputusan untuk merempuh masuk. Tidak sangka-sangka dia menjumpai mayat Kolok!

Mcd6
sumber: nusabali
Mcd9
gambar hiasan

Menurut Tribun Bali, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat baru sahaja meninggal dan tiada unsur khianat berlaku. Namun menurut laporan berasingan dari Nusa Bali pula, Kolok dikatakan mungkin diserang sakit jantung semasa berada di dalam tandas tersebut.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dikatakan selalu datang ke restoran tersebut untuk menumpang tandas di situ. Pun begitu, tiada siapa yang mengenali mangsa. Misterinya! 

Mcd4
sumber: tribun jambi

Astri Rohani, dari bahagian pemasaran McDonalds Robinson berkata,“Orang sekitar sini tidak tahu di mana tempat tinggal mangsa. Mangsa hanya datang ke sini untuk menumpang tandas dan tidak pernah mengganggu pengunjung-pengunjung yang lain di sini”.

Ada juga di antara pekerja di situ menyatakan bahawa mangsa sebelum ini kelihatan tidak sihat dan menganggap kemungkinan mangsa meninggal kerana sakit. Kolok juga dimaklumkan sebagai bisu dan tidak mempunyai tempat tinggal. Alahai kesiannya! 

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa telah pun mengesahkan bahawa mayat mangsa kini berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mereka sedang berusaha mencari tahu punca kematiannya.

Kasihan mangsa meninggal dunia tanpa sesiapa di sisi dan tanpa orang sekeliling mengenalinya. Semoga mangsa tenang bersemadi.

Baca: Pelajar Mahu Kuruskan Badan Terbunuh Selepas Terhempap Beban 110KG Besi Angkat Berat

Mcd11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.