in

Pelancong Asing Dikejar dan Ditumbuk Pemandu Grab Kerana Minta Pandu Laluan Berbeza

Featured Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelancong Asing Dikejar dan Ditumbuk Pemandu Grab Kerana Minta Pandu Laluan Berbeza
Loading
/

Terlalu banyak kes yang melibatkan pemandu Grab atau Uber, tidak kira sama ada pemandu tersebut yang membuat masalah atau pun pelanggannya sendiri. Kerana kes-kes seperti ini lah, ramai orang terutamanya golongan wanita yang takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.


Baru-baru ini tular lagi kisah yang menglibatkan pemandu Grab, di mana pemandu ini cuba untuk menumbuk pelanggannya hanya kerana sebab yang tidak munasabah! Shannon, pelancong dari Kanada, telah membuat aduan kepada pihak Grab tentang pemandu mereka, yang cuba untuk memukulnya. Kejadian ini berlaku di Bangsar, pada hari Khamis, 14 Disember yang lepas.

Grab
sumber: says. Com

“Saya minta pemandu itu untuk terus gunakan jalan yang dia gunakan pada masa itu. Tapi dia buat tak tahu dan belok ke tempat lain”

Menurut Shannon, dia telah meminta pemandu tersebut agar terus menggunakan jalan utama kerana jalan tersebut tidak sesak, di samping dia juga sudah terbiasa dengan laluan itu. Tetapi pemandu itu tidak mengendahkannya, malah terus membelok ke laluan yang lain.

“Saya dengan sopan minta driver itu u-turn ke jalan utama dan saya beritahu jalan yang dia lalu sekarang selalu jammed

“Ini negara saya. Saya tinggal di sini!” kata pemandu tersebut.

Shannon juga mendakwa bahawa pemandu itu bersikap agresif apabila dia cuba merakam kejadian tersebut. Pemandu itu mengeluarkan kata-kata kesat, malah dia turut mengancam untuk menurukannya di tepi jalan.

Grab 1
sumber: says. Com

Tidak cukup dengan carutan yang diberikannya, pemandu itu juga dengan beraninya cuba untuk menumbuk pelancong berkenaan. 

“Dia mula kutuk saya, mengancam saya secara fizikal dengan cuba untuk tumbuk saya. Dia juga ugut untuk tendang saya keluar dari kereta. Dia tak tahu yang saya dah rakam segalanya”

Shannon mengambil langkah bijak dengan meninggalkan kenderaan tersebut. Tetapi apa yang menakutkan, pemandu itu mengikut Shannon dari dalam kereta, malah dia juga keluar untuk mengejar wanita berkenaan!

Grab 2
sumber: says. Com

Nasib menyebelahi Shannon, ketika dia cuba melarikan diri dari pemandu ‘saiko’ itu, dia terserempak dengan seorang pengawal keselamatan. Dia terus berlari ke arah pengawal keselamatan tersebut kerana takut keseorangan memandangkan dia dikejar oleh pemandu itu.

“Dia terus mengancam untuk menumbuk saya. Dia nak saya bayar RM1 yang sepatutnya saya bayar, tapi disebabkan perangai dia itu, saya tak akan bayar. Lagipun dia tak hantar saya sampai ke destinasi yang sepatutnya”

Grab 3
sumber: says. Com

Di laman Facebooknya, dia turut mengatakan bahawa pemandu itu sepatutnya diberhentikan dan tidak layak untuk menjadi pemandu Grab atau Uber. Mana-mana wanita yang menaiki Grabnya pasti tidak selamat.

Malangnya, pihak Facebook telah membuang status tersebut selepas beberapa jam dia berkongsikan kisah yang mencecah lebih daripada 1000 perkongsian itu.

“Tak ada sebab dorang nak buang status saya. Saya tak update apa-apa yang salah pun!”

Grab 4
sumber: says. Com

Sementara itu, pihak Grab telah menerima aduan yang dibuat oleh Shannon, dan mengatakan bahawa mereka telah ‘mengambil tindakan yang sepatutnya’ kepada pemandu berkenaan. Tetapi ia tidak didedahkan kerana tindakan tersebut adalah maklumat rahsia.

Grab 5
sumber: says. Com

Haih macam-macam.. Seeloknya janganlah sorang-sorang bila guna perkhidmatan Grab atau Uber ini ye…

Baca: “Macam mana boleh dapat 4.8 Star?!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Teruk Berdepan Pemandu Uber

Uber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.