Dengan kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi di negara kita dan kemudahan parkir awam yang mengenakan bayaran kepada pengguna, ramai yang memilih perkhidmatan lain seperti Uber untuk ke destinasi pilihan.
Walaupun banyak kita dengar kisah-kisah tidak elok sewaktu menaiki Uber, masih ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana lebih mudah dan cepat. Ini kerana penumpang tidak perlu bersesak menghabiskan masa yang lama untuk mencari parking.
Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hubert Ian Lee, dia yang pada waktu itu bergegas mahu menghadiri satu temu janji di Mid Valley telah menempah perkhidmatan Uber untuk ke destinasi tersebut.
Setelah menempah seorang pemandu Uber melalui telefon bimbitnya, Hubert mendapati bahawa pemandu paling hampir dengan lokasinya berada dalam jarak 10 minit jauhnya. Tiada pilihan lain, Hubert menunggu pemandu Uber berkenaan tiba di lokasi.
Hubert menerima panggilan daripada pemandu Uber yang dipilih beberapa minit kemudian dan mengangkat panggilan tersebut kerana menyangka dia mahu memaklumkan anggaran masa ketibaannya. Kisah Hubert bermula apabila dia berdepan dengan seorang pemandu Uber yang rupa-rupanya biadap.
Perbualan yang diterjemahkan,
Mr.Wong: Hi Hubert! You nak pergi mana?
Hubert: You tak boleh tanya destinasi penumpang, you tahu tak?
Mr. Wong: Saya cuma nak tahu sebab saya tak mahu pergi area KL.
Hubert: Apa fungsi kita hide destinasi dalam app kalau you boleh call dan tanya?
Mr. Wong: (Dengan nada suara yang agak tinggi) Saya nak elakkan pergi kawasan bandar!
Hubert: Tak perlu bimbang, saya bukan nak pergi ke KL, dan you sepatutnya tak boleh tanya.
Mr. Wong: (Dengan nada marah dan menjerit) Oi! Apa maksud kau?! Kami ada hak nak decline penumpang! Kau nak cabar aku ke?!!
Hubert: Kalau susah-susah Mr.Wong boleh batalkan sahaja tempahan saya, jangan risau.
Mr. Wong: Kita boleh batalkan tempahan penumpang kau tahu tak!! Apa maksud kau?!! Jangan cuba nak cabar aku! Aku boleh batalkan je tempahan kau!!
Berbeza daripada sangkaannya, pemandu Uber dikenali sebagai Mr.Wong yang menghubungi Hubert itu sebenarnya mahu bertanyakan destinasi yang mahu dituju dan bukannya memaklumkan anggaran masa ketibaan.
“Saya nak tahu, legal ke tak tanya destinasi tujuan penumpang Uber?! Kalau tak kenapa app tu boleh hide destinasi tujuan penumpang?! Kalau macam ni baik jadi macam Grab, buat destinasi tujuan penumpang jadi public je supaya pemandu boleh consider!”
Lelaki tersebut dalam entri itu menceritakan bahawa Mr.Hong menengkingnya kerana tidak mahu memberitahu destinasi tujuan walaupun dia akhirnya memaklumkan lokasi yang mahu dituju. Berang dengan hal itu, Mr.Wong menegaskan bahawa dia boleh membatalkan tempahan Hubert.
Lelaki itu yang masih menahan sabar tidak kisah jika Mr.Wong mahu membatalkan tempahan jika pemandu tersebut mahu mengelakkan daripada pergi ke kawasan KL.
“Tidak mengapa, kalau dia batalkan, saya tunggu Uber yang lain,” kata Hubert yang menghantar mesej kepada Mr.Wong memberitahu bahawa dia akan melaporkan kelakuan pemandu tersebut.
Disangka kejadian tersebut berakhir di situ, Hubert melihat kelibat kereta Bezza milik Mr.Wong menghampiri lokasinya. Menyangka pemandu itu telah melihatnya, Hubert mengetuk cermin kereta dengan perlahan dan berniat mahu meminta maaf kepada Mr.Wong.
Sewaktu tangan Hubert mencapai pemegang pintu kereta untuk membuka pintu, pemandu itu meneruskan pemanduan dengan laju sehingga badan Hubert turut sama tertarik sebelum dia melepaskan pemegang itu.
“Dia nak saya kejar dia macam anjing semata-mata nak jimatkan RM5 jika batalkan tempahan. Pemandu tu macam gangster! Macam mana dia boleh dapat 4.8 Stars?!”
Pemandu tersebut kemudiannya membatalkan tempahan lelaki itu dan Hubert telah dicaj RM5 kerana pembatalan. Lelaki itu sempat merakam no plat kereta Perodua Bezza yang dinaiki pemandu Uber tersebut. Hubert kesal dengan apa yang berlaku dan menulis entri ini sebagai peringatan buat semua.
Beringat-ingat ketika mahu guna perkhidmatan seperti ini supaya tidak terkena macam lelaki ini ya!
Baca: “Saya bayar awak malam ni boleh..?” – Gadis Kongsi Pengalaman Diganggu Pemandu Uber