in

Pelamin Anganku Musnah! Gadis Pasrah Teman Lelaki Dirampas Kakak Sendiri

Cats 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang yang bercinta di dalam dunia ini mahukan hubungan mereka diakhiri dengan ikatan yang sah, iaitu perkahwinan. Namun, tidak semua orang bernasib baik dan kadangkala, kita akan bertemu dengan orang yang salah.


Inilah apa yang dialami oleh seorang wanita di Indonesia apabila teman lelakinya berkahwin dengan kakaknya sendiri. Video berdurasi selama 13 saat ini dikongsikan oleh seorang wanita yang tidak didedahkan namanya di TikTok.

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsikan suasana di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia. Apa yang menyedihkan ialah wanita ini hanya berdiri dari jauh memandang sayu dua insan kesayangannya sedang duduk bersanding di atas pelamin.

1 2 6

2 12

Wanita itu berkata, dia berasa kecewa apabila pasangan itu disatukan sedangkan hatinya masih belum bersedia menerima kenyataan itu. Wanita ini berkata dia tidak marah atau menyimpan dendam kepada mereka, namun dia hanya memerlukan masa untuk bertenang.

“Kejutan awal tahun 2023, teman lelakiku menjadi suami kakak kandungku sendiri. Aku percaya pada jodoh tetapi kenapa secepat ini. Tak boleh ke beri aku masa sedikit untuk menguatkan diri ini.”

“Sekurang-kurangnya keluargaku memahami perasaan dan rasa sakit yang aku alami, bukannya sengaja membiarkan aku sedih sendiri seperti ini,” tulis wanita tersebut.

@jodohnya57k

aku percaya yg namanya jodoh tapi bisakah tidak secepat ini misalnya beri aku waktu sebentar untuk menguatkan diri atau setidaknya dari pihak keluargaku (orangtua) mengerti perasaan ku, pahami sedikit rasa sakit ku,tidak akan lama kok tapi seenggaknya aku tidak mengobati luka sendiri, rangkul aku kuatkan aku bukan malah kalian seperti sengaja membiarkan aku sedih sendirian

♬ Usik – Feby Putri

Wanita ini turut mendedahkan dia dan lelaki tersebut sudah membuat semua persiapan untuk mendirikan rumah tangga. Malah, kad undangan perkahwinan sudah diedar dan lokasi berbulan madu turut sudah dipilih iaitu di Paris.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba hilang dan tidak dapat dihubungi. Dia hanya mendengar khabar berita berkenaan lelaki tersebut apabila rakannya memberitahu dia akan berkahwin tidak lama lagi, dan pasangannya ialah kakak wanita ini sendiri.

BACA: Kahwini Kembar Serentak Dalam Satu Majlis, Pemuda Tersenyum Lebar Di Atas Pelamin

Cats 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.