in

Kahwini Kembar Serentak Dalam Satu Majlis, Pemuda Tersenyum Lebar Di Atas Pelamin

Cats 20 E1658549040816

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah video tular di Indonesia apabila seorang pemuda dikatakan telah mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis. Boleh ke?


Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, seorang lelaki dilihat sedang duduk di atas pelamin dengan memakai sut lengkap, sambil diapit oleh dua wanita yang mengenakan busana pengantin berwarna putih.

1 4

Lebih mengejutkan, sumber mendedahkan kedua-dua pengantin wanita tersebut sebenarnya adalah pasangan kembar. Pemuda yang dikenali sebagai Nanda itu berkahwin dengan pasangan kembar yang bernama Sella dan Selly.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pengantin lelaki tersebut tersenyum lebar sambil bergelak ketawa di atas pelamin. Namun, lain pula reaksi pengantin perempuan.

Apa yang menarik perhatian warganet berkenaan video tersebut adalah reaksi kedua-dua pasangan kembar itu yang hanya berdiam diri dan tidak tersenyum seperti pengantin lelaki.

Perkongsian ini ternyata membuat warganet garu kepala melihatkan pemuda tersebut yang mengahwini dua wanita serentak dalam satu majlis. Ada juga yang mempersoalkan kemampuan pemuda tersebut untuk memberi nafkah kepada pasangan kembar itu.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian tersebut berlaku tidak didedahkan oleh sumber.

Kredit: Viral Yes

BACA:Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.