in

Pelajar Undang-Undang Potong Zakar Lelaki Yang Cuba Merogolnya

Potong Anu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes rogol dan bunuh kini di India semakin menjadi-jadi malah ia merupakan kes sensitif yang sering diperkatakan di kalangan masyarakat di sana. Namun keberanian seorang pelajar undang-undang yang berusia 23 tahun ini dipuji apabila dia telah memotong zakar lelaki yang cuba merogolnya.


94A3A6A6 072C 11E6 Afce Cd590874C67E
sumber: hindustan times

Menurut The Star, gadis tersebut berada di rumah semasa kejadian itu berlaku dan suspek yang berumur 54 tahun telah menyerang mangsa sebelum gadis itu mengambil keputusan untuk memotong zakar suspek menggunakan pisau untuk mempertahankan dirinya. Gila berani!

Mangsa juga mengaku bahawa suspek sudah berkali-kali cuba mencabul mangsa selama beberapa tahun dan mangsa sudah tidak tahan akan perlakuannya. Memang padanlah!

Wanita itu memberitahu kami, ibu bapanya terlalu mempercayai Swami (suspek) dan dia sering dijemput melakukan upacara khas dan bermalam di rumah keluarga itu.”

— Ketua Polis Daerah Kerala, G Sparjan Kumar.

Suspek, Hari Swami yang cedera parah telah dibawa ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan lanjut. Manakala ibu bapa mangsa yang juga tinggal di dalam rumah yang sama tidak menyedari akan kejadian yang berlaku di dalam rumah mereka.

Sami Potong Anu
sumber: harian metro

Walau bagaimanapun menurut Hindustan Times, Swami kemudiannya mendakwa, dia sendiri yang memotong kemaluannya. Menurut media tempatan, suspek kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan kecemasan.

Manakala mangsa pula diletakkan di bawah perlindungan polis.

gambar hiasan – sumber: nzherald

Serangan seksual yang melibatkan ‘orang agama’ sering berlaku di negeri selatan India itu.

Terdahulu, dua rahib wanita dan seorang paderi telah dituduh menyembunyikan kelahiran seorang bayi milik seorang remaja belasan tahun yang telah diperkosa seorang paderi lain.

Manakala pada tahun lepas, seorang rahib dipenjara selama 40 tahun oleh mahkamah Kerala kerana memperkosa seorang kanak-kanak berumur 14 tahun pada 2014.

Berani untuk bertindak jikalau anda diserang secara seksual. Jangan diamkan saja, takut nanti masalah makin bertambah parah. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.