in

Pelajar Tingkatan 2 Cuba Bunuh Diri Selepas Dapat Tahu Hamil Akibat Dirogol Datuk

Blur Jenayah

Dalam usia semuda belasan tahun, remaja sepatutnya menggunakan masa mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran dan pada masa yang sama meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Namun, bagi pelajar yang berusia 14 tahun ini, dia sudah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya akibat terlalu tertekan dengan masalah yang menimpa.

Image 5
gambar hiasan

Menurut Berita Harian, seorang pelajar dari Sri Aman, Sarawak telah cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya pada jam 2.50 pagi, 21 September lalu.

Pihak polis pada mulanya agak keliru dengan motif tindakan gadis tersebut selain dari terkejut apabila mengetahui remaja itu sedang hamil lima minggu.

Walau bagaimanapun, semuanya terbongkar selepas pelajar tersebut mendedahkan hal sebenar semasa sesi temubual bersama pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman ketika menerima rawatan di sana.

Menurut mangsa, dia telah dirogol oleh datuk tirinya yang berusia 54 tahun sebanyak dua kali pada Ogos lalu. Aish apa punya datuk ni! 

Rogol6
gambar hiasan

Kejadian pertama dikatakan berlaku pada awal bulan Ogos selepas suspek telah mengambil pelajar tersebut pulang dari asrama ke rumah mereka pada hujung minggu.

Ketika dalam perjalanan pulang, suspek telah membawa cucu tirinya masuk ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit dan merogolnya. Harapkan pagar, pagar makan padi! 

Kejadian kedua pula berlaku pada seminggu kemudian ketika mangsa dan suspek berada di rumah panjang dekat Sembayang, Sri Aman. Suspek telah merogol mangsa di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang nyenyak tidur.

Di Ugut Rogol
gambar hiasan

Ekoran dari pengakuan tersebut, pegawai sosial perubatan berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman. Hasil siasatan, pihak polis telah berjaya menjejaki suspek pada jam 11 malam di pondok sawah miliknya dekat Sembayang.

Namun apa yang lebih mengejutkan, suspek telah ditemui dalam keadaan terbaring di atas tanah di belakang pondok tersebut dengan mulutnya berbuih-buih dan separa sedar. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sri Aman menggunakan kenderaan polis.

Pun begitu, suspek yang juga seorang petani akhirnya disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi dan hasil siasatan menunjukkan suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak.

Semoga mangsa bangkit dari trauma dan tidak berputus asa dengan hidupnya meskipun bakal mempunyai anak di usia yang muda.

Baca: Datuk 70 Tahun Rogol Anak Tiri, Paksa Makan 7 Biji Panadol dan Air Soda Untuk Elak Hamil

Panadol