in

Datuk 70 Tahun Rogol Anak Tiri, Paksa Makan 7 Biji Panadol dan Air Soda Untuk Elak Hamil

Pannnn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah layak dipanggil datuk, seorang lelaki yang berusia 70 tahun ini masih tergamak melakukan jenayah apabila dia merogol anak tirinya sehingga hamil empat bulan.


Menurut Tribunnews, seorang lelaki yang dikenali sebagai MS dari Kebumen, Indonesia ini telah mengaku merogol anak tirinya bernama Bunga sebanyak 10 kali. Gila ke apa ni??

Mangsa yang baru berusia 16 tahun dikatakan terpaksa menuruti nafsu serakah suspek kerana bimbang diugut untuk dihantar kembali ke rumah datuknya di Wonosobo. Dia yang pada ketika itu tinggal bersama ibu kandungnya serta lelaki tersebut tidak berani untuk melawan suspek kerana takut akan ugutan itu.

Suspek pertama kali merogol mangsa pada Mei 2017, ketika mengajak gadis malang itu ke ladang di kampung mereka untuk mengutip sejenis cili merah. Sampai sahaja mereka di ladang itu, suspek kemudian mengambil kesempatan untuk memperkosa mangsa di tengah hutan.

Rogol6
gambar hiasan

Selepas selesai merogol mangsa, MS memaksa Bunga untuk menelan tujuh biji panadol dan meminum air soda dengan harapan gadis tersebut tidak hamil. Tidak cukup dengan perbuatannya di ladang itu, suspek kembali merogol mangsa di rumah saat isterinya tiada. Kejinya perangai! 

Panadol
gambar hiasan

Namun perbuatan suspek akhirnya terbongkar juga setelah anak perempuan kandung MS sendiri melaporkan hal tersebut dan suspek ditahan polis pada malam Isnin lalu di rumahnya.

Kelakuan Kakek Asal Sadang Kebumen Ini Sungguh Bejat Kakek Inisial 20170830 085118
sumber: tribunnews

Kes ini bakal disiasat mengikut undang-undang negara berkenaan atas kesalahan persetubuhan dengan remaja di bawah umur.

Ingatkan dah tua makin beriman, rupa-rupanya perangai makin menjadi-jadi pula!

Baca: Datuk Pura-pura Bekalan Elektrik Terputus dan Ambil Kesempatan Rogol Cucu 13 Tahun

Rogolsssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.