in

“Asalkan bukan gelang pink” – KREATIF! USM Hasilkan Gelang ‘Indikator Visual’, Bantu Pelajar Berinteraksi Dalam Norma Baharu

D3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pelajar universiti belum dibenarkan untuk pulang ke kampus menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka.


Kebanyakan universiti masih menjalankan pembelajaran secara dalam talian dan hanya kemasukan pelajar baharu sahaja yang dibenarkan mengikut peringkat.

D 1 3

 

Dalam menyambut kemasukan pelajar baharu, sudah semestinya pelbagai persediaan yang telah dirancang oleh pihak universiti bagi memastikan proses pendaftaran pelajar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif yang menarik dengan menghasilkan gelang ‘Indikator Visual’ sebagai bantuan kepada pelajar untuk berinteraksi dalam norma baharu.

Gelang ini telah diperkenalkan oleh pihak USM di sebuah posting di Twitter.

Dalam posting tersebut ada menyatakan gelang ini dihasilkan berdasarkan tahap penerimaan seseorang apabila berinteraksi.

“Mungkin ada segelintir yang tidak selesa untuk bercakap mengenai tahap penerimaan sosial mereka di ruang awam terutama di tempat kerja, kelas dan makmal. Idea ini boleh menjadi penunjuk visual yang berguna untuk interaksi yang lebih baik”

 

Hadir dalam 3 warna berbeza

Untuk makluman, gelang ini direka dalam 3 warna berbeza mengikut tahap penerimaan sosial seseorang;

Hijau – Fist bump sahaja dan kemudian perlu membasuh tangan

Kuning – Cukup sekadar berbual dan tidak bersentuhan

Merah – Tiada sebarang inteaksi dan jaga jarak sosial

 

Walau bagaimanapun, pihak USM masih belum memaklumkan bagaimana cara untuk mendapatkan gelang tersebut. Untuk warga USM bolehlah dapatkan update di Twitter ataupun Facebook rasmi USM.

 

Baca: Rumah No. 2 Universiti Malaya: Dulu Bas Tua & Antik, Sekarang Dah Transform Jadi Airbnb Cantik!

D4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.