in

Pelajar India Raih A+ Subjek Tasawwur Islam, Katanya Sebab Selalu Tengok Halaqah & Tanyalah Ustaz

Fi A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam debaran bagi golongan anak muda kelahiran tahun 2003 terjawab, apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun keluar.


Walaupun berdepan pelbagai kesulitan, namun batch kali ini dikatakan cemerlang apabila Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Md Jidin memberitahu bahawa gred purata SPM 2020 adalah yang terbaik sepanjang tempoh 5 tahun.

 

Raih A+ subjek Tasawwur Islam

Namun kisah seorang pemuda ini cukup menarik perhatian ramai, apabila dia yang berbangsa India meraih keputusan cemerlang serta mendapat A+ bagi subjek Tasawwur Islam.

Perkara ini dikongsikan oleh personaliti TV Fedtri Yahya, di laman Twitternya. Dalam postingnya itu, dia kelihatan terharu dengan pencapaian pelajar bernama V Easwaran ini. Fedtri mendedahkan bahawa pemuda tersebut rajin mengikuti rancangan ilmu berkaitan islam seperti Halaqah dan Tanyalah Ustaz.

Menurut pengacara tersebut, Easwaran sering bertanyakan soalan tentang program Jejak Rasul yang dihoskan oleh Fedtri itu sendiri. Dia turut mendedahkan bahawa rancangan tersebut banyak membantu menambahkan ilmunya tentang agama islam.

Tambah Fedtri lagi, pemuda ini juga sering membuat nota setiap kali dia menonton rancangan tersebut. Memang mantaplah adik ni!

 

Usaha sendiri untuk berjaya 

Easwaran yang juga pelajar di SMK Pusat Bandar Puchong 1, dikatakan tiada guru khas untuk membimbingnya. Hal ini kerana dia merupakan calon tunggal untuk mengambil subjek tersebut di sekolahnya.

Jadinya, dia berusaha sendiri untuk memperoleh keputusan cemerlang bagi subjek tersebut dengan banyak menonton rancangan TV.

Disamping itu juga, pemuda tersebut dilihat sering bertanya dan amalkan amalan-amalan sunat yang diajar di dalam islam kepada Fedtri sendiri.

Respect dekat adik V Easwaran ni, dia buktikan tak ada yang mustahil kalau nak berjaya. Tahniah juga min diucapkan untuk semua yang dapat keputusan SPM semalam!

 

Baca : Gred Purata SPM 2020 Catat Keputusan Terbaik Sepanjang Tempoh 5 Tahun- Menteri Pendidikan

Cats 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.