in

Gred Purata SPM 2020 Catat Keputusan Terbaik Sepanjang Tempoh 5 Tahun- Menteri Pendidikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaru, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 baru sahaja keluar hari ini. Untuk pengetahun korang, pelajar-pelajar tingkatan lima ini telah menduduki SPM pada Mac tahun lepas tau sebenarnya.



Walaupun keputusan keluar agak lambat daripada kebiasaan, tetapi pelajar-pelajar tetap bersyukur sebab mereka berjaya harungi peperiksaan besar ini meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam pandemik yang melanda.

Menurut mStar, Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr. Radzi Md Jidin mengumumkan dalam sidang media pagi ini mengenai gred purata pencapaian SPM 2020 yang menunjukkan pencapaian lebih baik berbanding pada tahun 2019.

“GPN tahun 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.”

Bukan itu sahaja, pencapaian gred purata SPM 2020 ini juga merupakan pencapaian yang terbaik sepanjang tempoh 5 tahun. Hebat betul adik-adik kita ni. Good job korang!

 

Slip keputusan rasmi

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan yang slip keputusan rasmi SPM 2020 boleh dimuat naik mulai 14 Jun secara atas talian manakala sijil SPM pula akan mula diedarkan secara berperingkat pada 10 Julai nanti.

Untuk pelajar-pelajar yang tiada akses Internet untuk check result SPM, korang jangan risau sebab pihak sekolah katanya akan hubungi sendiri pelajar dalam kadar segera. Prihatin betul ye cikgu-cikgu sekolah.

“Bagi pelajar yang nak sijil fizikal yang bakal diedarkan pada 10 Julai nanti, ia bergantung pada situasi semasa dan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah masing-masing.”

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2020. Korang dah buktikan pada negara yang korang memang terbaik. Mantap lah!

 

Sumber: mStar

Baca:”Van jenazah singgah sekolah”- Calon SPM Sempat Tatap Jenazah Bapa Kali Terakhir Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.