Pelbagai cerita suka dan duka di kala pelajar-pelajar menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.
Antara yang menarik perhatian ialah kisah pelapis sukan hoki tempatan yang berjaya memperoleh 8A dalam SPM.
Artikel berkaitan: Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Netizen Kongsi Rupanya Tak Mudah Nak Masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Artikel berkaitan: Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10K
Azliff Syah Bin Ahmad Azuan Syahrill yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan pernah menyertai Kejohanan Piala Mirnawan dan peringkat kebangsaan B-16 bersama pasukan Selangor.
Inilah dia pelajar cemerlang raih 8A SPM yang juga pemain hoki SSBJ, Azliff Syah Ahmad Azuan Syahrill!
Sementara cuti, dia kini bekerja di kilang perabot di Banting, Selangor.@ASTROARENA pic.twitter.com/RSiWS5S6PD
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) May 28, 2024
Menerusi Stadium Astro, dia berkongsi pelajaran adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan meskipun terpaksa membahagikan masa dengan bermain hoki.
“Kebiasaannya setiap pagi saya akan berlatih kemudiaan masuk ke kelas untuk sesi pelajaran seperti biasa. Kemudian pada petang hari akan kembali latihan.
Walaupun kebanyakan masa habis dengan latihan, tetapi semasa berada di dalam kelas dan waktu malam saya fokus pada pelajaran sahaja.
Sebelum SPM, memang saya banyak menghabiskan masa untuk solat dan berkongsi ilmu dengan kawan selain rajin bertanya kepada cikgu saya,” katanya.
Malah, Azliff berkongsi dia terpaksa mendahulukan pelajarannya meskipun terlibat dengan salah satu acara Sukan Malaysia (SUKMA).
Tahniah!
Sumber: Stadium Astro