in

Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10K

Kak Km 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan dan ramai pelajar termasuklah ibu bapa memuat naik keputusan cemerlang di media sosial. Salah seorang daripada mereka ialah usahawan Liana Rosli atau nama panggilannya Kak KM.


Kak KM juga telah memuat naik video reaksi dirinya bersama anak lelaki yang bernama Faris ketika mengambil keputusan tersebut di dewan sekolah. Difahamkan, Faris telah memperoleh 6A untuk keputusan SPM hari ini.

Hadiahkan kereta & cek

Terbaharu, Kak KM melalui TikTok miliknya telah menghadiahkan Faris sebuah kereta mewah dan satu cek bernilai ribuan ringgit. Kedua-dua hadiah tersebut bagi meraikan kejayaan Faris yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

Artikel berkaitan: Pemuda Kongsi Kisah Peroleh 8A SPM, Jawab Peperiksaan Di Hospital Sewaktu Kemoterapi

Artikel berkaitan: “Sebak rasanya” – Calon SPM Akhiri ‘Perjuangan’ Dengan Sujud Syukur Buat Netizen Terharu

Faris, sempena kejayaan abang.. first ni kereta… nombor dua.. ni dia (sambil menghulurkan cek).

Faris dilihat amat teruja selepas diberikan hadiah tersebut lalu dia terus memeluk dan menangis di bahu ibunya. Kak KM bagaimanapun menganggap hadiah kereta dan cek berkenaan tidak ternilai jika dibandingkan dengan kejayaan yang diperoleh Faris pada hari ini.

Takpelah, ingat senang ke nak dapat? Sayang anak mama.. pandai anak mama..

Di Instagram, Kak KM turut memuat naik IG Story jumlah sebenar yang diberikan kepada Faris iaitu sebanyak RM10 ribu.

Kak Km 2

Walaupun Faris tidak memperoleh keputusan semua A, Kak KM amat berbangga dan bersyukur dengan kejayaan anaknya. Selain berusaha bersungguh-sungguh, Kak KM menyifatkan kejayaan itu berkat solat hajat dan doa keluarganya.

Tahniah Faris!

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.