in

Pelajar 13 Tahun Yang Hilang Rupa-rupanya Dirogol, Dipaksa Puaskan Nafsu Warga Emas

Rogol Budak Featured

Beberapa ketika dahulu, seorang pelajar Tingkatan Satu dari Miri ini telah dilaporkan hilang selama beberapa hari oleh keluarganya. Namun kepulangannya pada Rabu lepas membawa sebuah berita yang mengejutkan kepada si bapa.

Menurut NST, remaja yang berusia 13 tahun tersebut mengadu telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan tiga orang lelaki, yang mana ia dilakukan di dua lokasi berbeza semasa tempoh kehilangannya itu.

Mangsa mendakwa dia pertama kali dirogol oleh seorang lelaki warga emas yang berusia 82 tahun dekat sebuah homestay di Miri. Selepas mereka selesai mengadakan hubungan seks, lelaki tua tersebut memberi wang sebanyak RM700 sebagai ‘bayaran’ kepadanya. Eh dia ingat budak ni pelacur??

Timthumb
gambar hiasan

Dia kemudian sekali lagi dipaksa melakukan hubungan seks bersama dua orang lelaki di sebuah hotel oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Kedua-dua lelaki tersebut dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir.

Pun begitu, mangsa langsung tidak cuba menolak dari melakukan perkara tersebut kerana bimbang dia dipukul wanita itu dan lelaki-lelaki yang merogolnya jika dia ingkar arahan mereka. Kasihannya…

Image 4
gambar hiasan

Susulan daripada pengakuan anaknya, bapa mangsa yang berusia 55 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri pada hari yang sama. Menurut pihak polis, seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Rogol Budak
sumber: bh

Buat masa ini, pihak polis masih mengesan individu yang bertanggungjawab dalam merogol dan melacurkan mangsa kepada tiga orang lelaki.

Walau bagaimanapun, mangsa kini telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut dan kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas jenayah rogol.

Remaja sekarang kena pandai jaga diri! Sekurang-kurangnya kena belajar seni mempertahankan diri macam Taekwando untuk lawan lelaki gila seks yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Baca: Datuk 70 Tahun Rogol Anak Tiri, Paksa Makan 7 Biji Panadol dan Air Soda Untuk Elak Hamil

Panadol Rogol