Pegawai kanan polis merupakan antara 103 individu yang disahkan positif Covid-19 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, setakat semalam.
Menurut laporan, jumlah itu melibatkan tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 20 orang pegawai rendah dan 80 pelatih yang sedang menjalani Program Latihah Asas Kepolisan (PLAK).
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, 10 orang mereka telah dibawa ke hospital, 85 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), 5 orang kuarantin di rumah dan 3 di asrama.
Selain itu, seramai 50 individu membabitkan seorang pegawai kanan, 10 pegawai rendah, pegawai awam (1) dan 38 pelatih telah dikuarantin di asrama dan rumah.”
Sebelum ini, Ramli pernah memaklumkan bahawa tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan selain hanya untuk barang keperluan.
Semalam, rekod kes harian Covid-19 masih mencatatkan kes melebihi angka 5,000 iaitu 5,298 kes menjadikan jumlah kes aktif setakat ini sebanyak 48,150 kes.