“M’sia bila lagi?” – Individu Yang Berani Buat Seks Luar Nikah Di Indonesia Boleh Masuk Penjara, Termasuk Pelancong Asing!

Peh, bukan je rakyat Indonesia yang akan terkesan kalau kerajaan dorang laksanakan undang-undang ni. Pelancong pun boleh kena tempiasnya juga!

Menurut Awani, Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baru dengan meletakkan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

So, sesiapa yang belum berkahwin tapi tinggal sama-sama dalam satu rumah, dorang boleh dikenakan penjara selama enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (RM3,000). Jangan tak tahu, RM3000 ni gaji tiga bulan tau kat sana. Banyak tu!

Lepastu, kalau ahli keluarga sendiri yang mengadu keluarga dorang bersekedudukan atau melakukan seks luar nikah, dorang boleh dipenjarakan maksimum setahun!

Sumber: Blog

Kalau diluluskan, dorang bakal laksanakan undang-undang ni hujung bulan ni juga sebab berdasarkan kajian, lebih 40% warga muda di Indonesia terlibat dengan kegiatan seks luar nikah. Tu belum kira aktiviti homoseksual lagi.

Tak cukup dengan tu, parlimen Indonesia juga tengah pertimbangkan yang hukuman penjara ni bukan je untuk rakyat Indonesia tapi kalau pelancong asing datang sana, lagi-lagi dekat Bali dan buat seks luar nikah, dorang pun boleh dipenjara. Amboi, strict betul ni.

Ekoran dari tu, pihak kedutaan akan keluarkan amaran kepada pelancong asing yang bercadang nak bercuti di Indonesia tentang undang-undang ini.

Kalau betul undang-undang ni bakal dilaksanakan, confirm akan ada ramai yang membantah. Lagi-lagi untuk orang yang bukan beragama Islam. 

 

Baca: “Saya nggak salah pak…” – 7 Pasangan Ditahan Buat Pesta Zina di Hotel, Reunion Sempena Aidilfitri 2019

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson