Patah Tulang Rusuk, Warga Emas Cedera Ditanduk Lembu Korban

Tambah ke Sumber Pilihan
Tulang Rusuk

Program ibadah korban di Kampung Bukit Tembakau bertukar cemas apabila seorang warga emas cedera selepas ditanduk seekor lembu korban, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu menyaksikan Md Rabu Ahmad, 60, yang merupakan salah seorang peserta program korban anjuran Masjid Al-Faizin, mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang rusuk dan pendarahan di paru-paru.


Screenshot 2025 06 08 At 11.44.26 Am

Artikel berkaitan: Lembu Korban Terjun Laut, Dipercayai Hanyut

Artikel berkaitan: Remaja Hilang 30 Jam Ketika Keluar Cari Lembu Tak Sedar Masa Berlalu, Sangka Hanya Beberapa Jam Hilang

Menurut anak mangsa, Siti Nur Sakierah Md Rabu, 28, ayahnya kini dirawat di Hospital Jasin dan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa pihak hospital terpaksa memasang tiub untuk mengeluarkan darah dari paru-paru mangsa akibat kesan tandukan tersebut.

“Memang ayah sering turun padang setiap kali ada program korban, dia seronok bantu kawan-kawan uruskan lembu. Tapi kali ini lain pula jadinya.”

Difahamkan, insiden berlaku ketika Md Rabu sedang menghampiri lembu kedua yang ingin disembelih, sebelum haiwan tersebut tiba-tiba bertindak liar dan menyerangnya secara mengejut.

Insiden ini menjadi peringatan bahawa meskipun ibadah korban adalah rutin tahunan, aspek keselamatan tetap perlu diberi keutamaan ketika berurusan dengan haiwan besar seperti lembu yang boleh menjadi agresif dalam keadaan tertentu.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Patah Tulang Rusuk, Warga Emas Cedera Ditanduk Lembu Korban
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/patah-tulang-rusuk-warga-emas-cedera-ditanduk-lembu-korban/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM