in

Pasangan Warga Emas Trauma Selepas Terperangkap Dalam Lif Selama 25 Jam

Bg2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkara-perkara tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa saja tidak kira tempat termasuklah pasar raya tempatan. Nasib malang telah menimpa sepasang warga emas ketika mereka pergi membeli-belah di sebuah pasar raya di Meru, Klang baru-baru ini.


5
gambar hiasan

Menurut The Star, Md Dahalan Baki, 74, dan isterinya Ahadiyah Zakaria, 70, telah pergi ke Mydin Jumaat lepas dengan niat untuk membeli-belah namun kira-kira jam 11.30 pagi, lif yang dinaiki tiba-tiba tidak berfungsi.  

Mereka telah terperangkap di dalam lif yang sempit dan tidak boleh melepaskan diri walaupun telah mencuba.

7 E1499064887933
sumber : youtube

Keesokan harinya, anak perempuan pasangan itu telah datang ke Mydin tersebut untuk mencari ibu bapanya kerana telah hilang semalaman.

Semasa berada di sana, anaknya menjumpai kenderaan pasangan itu sebelum meneruskan pencarian bersama pengawal keselamatan sehinggalah dia terdengar suara lemah bapanya meminta tolong dari sebuah lif.

6 E1499064768114
Sumber : twitter

Pasangan itu terperangkap di dalam lif tersebut sehingga pihak bomba datang menyelamatkan mereka selepas anaknya membuat panggilan pada jam 1.04 petang. Kedua-dua mangsa telah terperangkap di dalam lif yang rosak itu selama 25 jam!

Pasangan warga emas tersebut berada dalam keadaan keletihan selepas berada di dalam lif tersebut dalam tempoh yang panjang”

Mereka juga telah dibawa ke hospital berdekatan sejurus selepas diselamatkan. Pihak Mydin telah menjalankan siasatan akan isu ini dan berkata

“Cawangan ini tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang. Ibu pejabat di Kuala Lumpur masih belum selesai menyiasat perkara ini”

Kini, salah seorang ahli keluarga pasangan tersebut telah pun membuat laporan polis dan pasar raya berkenaan telah menutup semua lifnya untuk kerja baik pulih.

6 E1499064768114
sumber : twitter

Pasangan warga emas itu dilaporkan masih dalam keadaan trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa pun termasuk pihak polis.

Apa-apa pun, semoga pasangan tersebut akan pulih dengan segera dan akan kembali ceria seperti dahulu dalam masa terdekat.

Baca : Suami Tidak Berjaya Selamatkan Isteri, Meninggal Dalam Kebakaran di Depan Mata

1 2 E1499064439688

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.