in

Suami Tidak Berjaya Selamatkan Isteri, Meninggal Dalam Kebakaran di Depan Mata

Featured Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Suami Tidak Berjaya Selamatkan Isteri, Meninggal Dalam Kebakaran di Depan Mata
Loading
/

Sayu hati seorang suami apabila isteri yang baru dikahwininya meninggal dunia dalam satu kebakaran di Jalan Kepong, Pengadang Baru, Kuala Terengganu.


Menurut Malay Mail, Abdul Mukkin Ahmad dan Siti Nor Munirah Abu Bakar baru saja mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.

Saksi, Yusri Abdul Rahman, menceritakan bahawa suara jeritan mangsa kuat kedengaran meminta tolong ketika bercakap dengan suaminya di telefon sebelum api kelihatan marak beberapa minit kemudian pada jam 4 petang.

19553949 791538071023905 7398712628721940000 N
sumber: facebook

Suami mangsa kemudian cuba menghulurkan tangga dari luar rumahnya untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tingkat atas rumah tersebut.

Saksi sempat melihat kelibat mangsa yang cuba keluar dari tingkat atas rumah, namun api yang marak cepat merebak. Suara dan diri mangsa akhirnya lenyap dimamah api dan kepulan asap yang tebal.

19554593 791538181023894 5498605202717727817 N
sumber: facebook

Meskipun Abdul Mukkin mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan isterinya, namun usahanya menemui jalan buntu. Malah rumah mangsa juga dimaklumkan dipenuhi jeriji keselamatan besi yang menyukarkan ikhtiar untuk menyelamatkan mangsa.

Api terlalu marak, kami yang sampai awal ke lokasi daripada bomba tidak sempat berbuat apa-apa.”

Dalam tempoh cuba membantu apa yang patut dan situasi kelam kabut itu, saya dapat lihat suami mangsa mencari pelbagai idea untuk menyelamatkan isterinya namun sia-sia.” 

19554547 791538151023897 3244394002541573920 N
sumber: facebook
19598485 791538334357212 2348349814569029994 N
sumber: facebook
19554625 791538271023885 8400740741794692970 N
sumber: facebook

Menurut ibu mertua mangsa, Minah Endut, 62, menantu barunya itu baru saja tinggal di rumah tersebut selama empat hari berikutan selesai majlis menyambut menantu Rabu lalu. Kejadian tersebut dimaklumkannya melalui panggilan telefon oleh salah seorang anaknya ketika dia berada di sebuah pasar raya.

19665569 486081555063693 4031132371666826561 N
sumber: facebook

Ketika kebakaran tersebut berlaku, menantu ditinggalkan bersama anak lelaki Minah yang sedang tidur di tingkat bawah. Manakala suami mangsa pula berada di bengkel berhampiran rumah.

“Saya terus bergegas balik dan mencari kelibat mangsa namun tidak menemuinya di sekitar kediaman kami. Anak yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Berikutan kebakaran itu, Minah yang mempunyai 13 orang anak tinggal sehelai sepinggang bersama tujuh keluarga yang tinggal bersamanya di situ.

Menurut pihak bomba, kebakaran tersebut telah mengakibatkan rumah dua tingkat itu musnah 100 peratus.

19665563 486081601730355 8454716954516380143 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mayat mangsa akhirnya ditemui pada jam enam petang di tingkat bawah setelah dipercayai terjatuh selepas tingkat atas yang diperbuat dari kayu musnah.

Pun begitu, kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke kediaman bersebelahan dan pihak bomba mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memadamkan kebakaran. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tonton video di bawah:

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga suami mangsa tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Al Fatihah.

Baca: Lelaki Gadai Nyawa Masuk Kedai Terbakar Demi Bantu Padamkan Api Kebakaran

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.