Makin lama makin menjadi-jadi remaja zaman sekarang. Bukan sahaja berani lakukan aksi sumbang di tempat awam, berani juga lakukan pada waktu siang. Dorang takde perasaan malu kan?
Seperti satu perkongsian dari seorang pengguna Instagram yang menceritakan pengalamannya dengan memuat naik gambar pasangan kekasih melakukan adegan mesra di tempat awam.
Menurut Malaysian Digest, ketika kejadian, Ryzal Syah Putra dan anak buahnya sedang makan di sebuah restoran yang terletak di SS15, Subang Jaya.
Sedang mereka menikmati makanan, pandangan mereka teralih kepada kelibat sepasang kekasih berbangsa Melayu lengkap dengan uniform sekolah sedang bermesra dan bercumbu di hadapan restoran tersebut.
Ryzal yang tidak senang dengan pemandangan tersebut kemudiannya mengetuk cermin tingkap restoran dan memberi isyarat supaya mereka berhenti. Disebabkan isyarat yang diberikan Ryzal diendahkan, maka Ryzal bertindak untuk keluar ke kedai tersebut dan menegur mereka berdua. Haa kan dan kena.
Selepas ditegur, Ryzal menyedari bahawa dua pelajar tersebut kemudiannya mengorak langkah dan menyangka mereka akan berhenti daripada bermesra dan bercumbuan. Namun, ternyata mereka hanya berjalan beberapa langkah dan berhenti semula di tepi kedai sebelum kembali meneruskan aksi tidak senonoh berkenaan. Tak malu ke dik?
Kepada ibu-bapa di luar sana, silalah pantau aktiviti anak anda. Kalau mereka merayap lepas habis sekolah buat aktiviti berfaedah tak apalah juga kan? Ini buat perkara tidak senonoh!
Baca: Pelajar Sekolah Mengaku Berzina Sejak Tingkatan 1 Dengan Ramai Lelaki Berbagai Bangsa, Umur