in

PAS Kelantan Nafi Pengundi Perlu Bersumpah Undi PAS Untuk Dapatkan Bantuan Duit Tambang

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PAS Kelantan telah menafikan tuduhan yang mendakwa mereka mengarahkan pengundi yang pulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk bersumpah mengundi parti itu sebelum diberikan bantuan duit tambang pulang.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan orang ramai mengangkat sumpah di hadapan seorang individu yang didakwa merupakan ahli PAS, sebelum diberikan bantuan duit tambang.


Menurut Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, dia berkata parti itu hanya membantu pengundi dari luar negeri untuk memudahkan urusan mereka pulang mengundi.

“Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kos perjalanan tinggi khususnya yang kurang berkemampuan,” katanya kepada sumber.

A

Sambung Wan Roslan, bantuan tersebut diberikan kepada mana-mana individu yang layak tanpa mengira parti mana yang diundi oleh peminta bantuan. Dia turut menjelaskan PAS tidak pernah mengarahkan pengundi untuk bersumpah atas nama Allah seperti yang didakwa orang ramai.

“PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan,” katanya.

Dalam satu kenyataan lain, Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim, berkata perbuatan bersumpah dengan nama Allah parti mana yang diundi pada pilihan raya bukanlah budaya PAS.

Jelas individu ini, ia adalah fitnah yang direka oleh pihak lawan untuk memburukkan parti itu.

Kredit: Berita Harian

BACA: Tolak Tawaran Anwar Sertai Kerajaan, TS Muhyiddin Mahu PN Kekal Sebagai Pembangkang

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.