in

“Parang kanan kiri” – Staff Kilang Di Penang Mengamuk, Serang & Bunuh Rakan Sekerja Lepas Hantar Surat ‘Resign’

Staff

Stress pasal kerja tu memang perkara biasa, kat mana-mana pun mesti akan ada tekanannya sendiri, tapi tak pernah dibuat orang bila orang pergi buat onar sampai boleh jadi kes bunuh membunuh dalam pejabat macam kat Penang ni.

Dia bertindak melakukan perkara di luar kawalan sehingga ada seorang pekerja wanita terbunuh dan pekerja lelaki cedera parah sebelum ditembak polis.

 

Bunuh, tetak lepas hantar surat ‘Resign’

Menerusi Harian Metro, insiden yang berlaku di kilang B.Braun bertempat di Balik Pulau Penang itu melibatkan seorang lelaki mengamuk sehingga diluar kawalan.

71113346 2497258357178301 5913690639651831808 N

Ketika itu. lelaki berusia 25 tahun tersebut sedang memegang parang di kedua-dua belah tangannya.

Lapor WORLD OF BUZZ, suspek yang sebelum ni bekerja sebagai QC di kilang tersebut dikatakan tidak hadir ke kerja seminggu. Tiba-tiba dia datang bawa surat  resign. Lepas hantar surat kepada majikan dia terus serang staff.

Difahamkan sebelum kejadian amukan itu berlaku, dia pergi ke keretanya untuk mencapai parang sebelum nak serang beberapa staff sampai terbunuh.

Dia menyerang staff wanita berusia 48 tahun sehingga terbunuh, kemudian dia potong tangan mangsa kepada 3 keratan sebelum serang seorang lagi staff lelaki berusia 53 tahun.

Facebook2 1

Cubaannya untuk mencari mangsa seterusnya gagal setelah pihak polis tiba.

Ketika kejadian saksi menjelaskan mereka terpaksa lari dan bersembunyi daripada suspek, tapi ada orang lain menyorak “Potong, potong!” dalam ketakutan ketika mereka nak cuba lari selamatkan diri.

71581729 2497258227178314 920967071322341376 N

Pihak atasan cuba nak bunyikan alarm, tapi rasa was-was sebab risau suspek akan jadi lebih agresif.

Ketika kejadian, pihak polis cuba nak hentikan suspek tapi gagal. Jadi, mereka terpaksa tembak suspek kerana dia cuba nak serang polis menggunakan parang tersebut. 

Facebook1 3

Mangsa yang merupakan staff wanita maut akibat kecederaan parah, manakala mengsa lelaki sedang dirawat di hospital. Pihak polis sedang menyiasat punca serangan suspek terhadap mangsa lelaki tersebut.

Menurut NST, suspek dikhabarkan mengalami kemurungan kerana menghabiskan banyak masa berseorangan di bilik selama 2 tahun dia bekerja dengan majikan tersebut.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pembunuhan, dan Seksyen 307 kod yang sama atas cubaan membunuh..

 

Baca : “Ko pikir aku bawak anak biawak ka?” – Ibu Mengamuk Staff Kedai Terkenal Larang Bawa Anak OKU Masuk

Anak Oku