in

Kereta Perodua Kelisa Jadi Prop Filem Hollywood, Siap Dapat ‘Sign’ Mark Wahlberg Lagi!

Syaz Ft 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, sebuah kereta Perodua Kelisa yang dahulunya hanya kenderaan harian biasa di jalan raya Malaysia kini tiba-tiba mendapat ‘Hollywood treatment’ selepas ditandatangani oleh pelakon terkenal antarabangsa, Mark Wahlberg.

Pengalaman luar biasa itu dialami sendiri oleh pemilik kedai kereta terpakai Koe Used Car, Raymond Koe. Kejadian manis tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-51 pada 19 Julai, sekali gus mengubah hari biasanya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup.


Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Dalam Filem: Ini 5 Kes Keganasan Pelajar Yang Pernah Gegarkan Dunia

Artikel berkaitan: 7 Selebriti ‘Bertuah’ Yang Jadi Popular Sekelip Mata


Menurut Raymond, beliau langsung tidak pernah membayangkan kereta kompak ikonik berkenaan akan menjadi sebahagian daripada produksi filem Hollywood, apatah lagi ditandatangani oleh salah seorang bintang terbesar dunia.

“Ini benar-benar hadiah hari jadi paling membahagiakan yang pernah saya terima. Mark Wahlberg masuk ke dalam Kelisa saya dan menandatanganinya.

Saya tak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. Terima kasih kerana menjadikan hari jadi saya begitu istimewa,” katanya teruja.

Menurut laporan New Straits Times, kehadiran pelakon Hollywood itu sememangnya telah mencetuskan kehangatan dalam kalangan peminat tempatan. Malah, tular beberapa foto dan klip video orang ramai yang terselisih dengannya di pelbagai lokasi sepanjang penggambaran berlangsung.

Tular Di Media Sosial, Pemilik Enggan Jual

Sejak itu, visual belakang tabir daripada penggambaran The Big Fix termasuk detik Wahlberg menandatangani sun visor Perodua Kelisa tersebut telah tular di media sosial. Namun bagi Raymond, detik itu jauh lebih bernilai dari sudut peribadi berbanding sinematik semata-mata.

Jelasnya, beliau langsung tidak mempunyai rancangan untuk menjual Perodua Kelisa yang lengkap dengan autograf legenda berkenaan, sebaliknya mahu menyimpannya sebagai kenang-kenangan bernilai tinggi sepanjang hayat.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.