in

Pandelela, Dhabitah Kantoi Mabuk!

Mabuks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh kononnya tersebar video yang memaparkan skuad penerjun negara dilihat sedang berparti dan mabuk sesama sendiri. Masih samar-samar tak tahu betul atau tak, hari ni Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dah sahkan 3 penerjun senior memang terbabit dalam video kontroversi tersebut, lapor Berita Harian.


Lebih mengejutkan, penerjun yang terlibat ni bukan calang-calang atlet dan pernah mendapat pingat di peringkat antarabangsa tau! Mereka ialah Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Chew Yiwei bersama 4 lagi penerjun junior MSN dan Institut Sukan Negara (ISN). Alamak serius ahh! 

Mabuk 1
sumber: harian metro

Menurut Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen, video yang viral beberapa hari lepas (kini sudah dipadam dari media sosial) dirakam ketika penerjun meraikan makan malam Tahun Baru Cina di China.

“Video yang bocor di media sosial beberapa hari lalu membabitkan penerjun dirakam semasa makan malam Tahun Baharu Cina, dihoskan pengurusan perkhidmatan di China sewaktu cuti rehat tiga hari.

“Tiga jurulatih juga berada di sana namun tidak menyedari perkara berkenaan kerana ia berlaku di kawasan tertutup,” jelasnya.

Diving Team
sumber: the star

Walau bagaimanapun, Mae memberitahu yang pihaknya dah pun berjumpa dengan 3 penerjun tersebut dan atlet-atlet ni akui kesalahan yang dibuat dan berjanji takkan lakukannya lagi. Dorang juga bersedia untuk buat permohonan maaf kepada orang ramai.

“Sebagai atlet kebangsaan, mereka harus sedar mereka membawa imej negara. Amaran sudah diberikan kepada atlet dan ini adalah masalah disiplin, maka jurulatih perlu mengambil perhatian akan perkara ini serta memantau atlet dengan lebih dekat agar ia tidak berulang.

“Jawatankuasa siasatan akan menentukan tindakan yang bakal diambil dan akan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa disiplin ASUM. Dalam pada itu, elaun atlet akan digantung dengan serta merta,” kata Mae lagi.

Mabuk 2
sumber: bh

Difahamkan skuad penerjun negara semasa kejadian berlaku berada di China selama sebulan pada Januari lepas untuk persiapan Siri Terjun Dunia 1 dan 2 di China dan Jepun sebelum bertolak ke Gold Coast untuk Sukan Komanwel 2018.

Lepas tamat Komanwel, mereka semua kembali ke KL untuk jalani latihan dan bertolak pulak ke Piala Dunia di Wuhan, China pada Mei lalu.

Harap penerjun negara tak ulangi lagi kesilapan ni. Sebagai atlet, dorang sepatutnya jaga diet dan pemakanan serta tak dilupakan tingkah laku sebab mereka ni public figure yang dikenali ramai. 

Baca: Terbongkar! Pemain Badminton Profesional Negara Kantoi Atur Perlawanan Untuk Dapatkan RM15,000

Badminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.