in

Paling Lama Dijangkiti Di Dunia, Cancer Survivor Ini Pulih Lepas 335 Hari Melawan Covid-19

2Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal bulan ini, dunia perubatan dikejutkan dengan berita mengenai seorang pesakit yang sembuh daripada Covid-19. Apa yang menariknya ialah, pesakit yang sembuh dari virus membunuh ini ialah seorang bekas pesakit kanser. Wanita yang berumur 47 tahun ini juga menjadi pesakit paling lama yang menghidap Covid-19 di dunia, iaitu selama 335 hari.

Screenshot 2021 10 31 At 11.50.16 Am
Gambar hiasan

Menurut laporan National Post, wanita dari Bethesda, Maryland dimasukkan ke hospital dengan hanya bergejala ringan positif Covid-19. Sejarah perubatan mendapati, wanita itu telah melalui beberapa rawatan kanser pada tahun 2018. Rawatan kanser ini telah memberikan kesan kepada bilangan sel B dan telah menyebabkan badannya tidak mampu membina sistem ketahanan badan.


Screenshot 2021 10 31 At 11.50.55 Am
Gambar hiasan

Ini menyebabkannya sentiasa positif Covid-19 dan membuatkan para doktor yang merawat wanita ini merasakan hanya false-positive atau ada saki-baki virus lemah didalam badannya. Namun, pada bulan Mac 2021, selepas disahkan positif wabak itu, pakar perubatan mula menjalankan kajian genom pada wanita itu.

Pakar perubatan mendapati wanita itu masih membawa virus yang sama kira-kira 10 bulan yang lalu. Mereka juga mendapati strain virus itu adalah berlainan.

Screenshot 2021 10 31 At 11.51.22 Am
Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, wanita itu yang juga merupakan cancer survivor telah disahkan bebas daripada wabak Covid-19 selepas sepanjang 335 hari disahkan positif.

Baca: Wanita Diberhentikan Kerja Kerana Belum Ambil Vaksin, Netizen Sokong Tindakan Bos

Screenshot 2021 10 31 At 11.53.38 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.