in

Wanita Diberhentikan Kerja Kerana Belum Ambil Vaksin, Netizen Sokong Tindakan Bos

Diberhentikan Kerja Kerana Tak Mahu Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedikit demi sedikit, kini negara kita dapat melihat keberkesanan vaksin apabila kes di Lembah Klang mulai turun dan pusat kuarantin seperti di MAEPS makin berkurangan menerima pesakit.



Oleh itu, kebanyakan syarikat kini juga telah mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan masing-masing namun dengan syarat kesemua pekerja haruslah lengkap vaksinasi mereka seperti yang disarankan kerajaan.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian @lia_rose91 di TikTok, dia mendakwa telah diberhentikan oleh majikan kerana belum mengambil vaksin.

@lia_rose91

After 10years berkhidmat,dibuang hanya sbb tdk ambil vaksin 🤪#covid19 #vaksin

♬ suara asli – 🇲🇨BAWEL🇹🇼 – 🇲🇨BAWEL🇹🇼

After 10 years berkhidmat, dibuang hanya sebab tidak ambil vaksin,” tulis wanita tersebut di ruangan kapsyen.

 

“Awak ada hak untuk tak mau vaksin, company ada hak untuk tak mau awak” 

Meskipun tidak diketahui sebab di sebalik keputusan drastik itu dibuat oleh majikannya, ramai di antara netizen yang menyokong tindakan majikan tersebut kerana berpendapat hal ini bersangkut paut dengan keselamatan pekerja lain di dalam syarikat itu juga.

Tindakan Betul Majikan

 

“Saya bukan antivaksin guys” 

Pun begitu menerusi satu lagi posting terbaru pengguna TikTok ini, dia menjelaskan sebab mengapa dia tidak mahu mengambil vaksin pada awalnya.

Menurut @lia_rose91, dia sebenarnya agak terkejut dengan tindakan ‘incharge’ di tempat kerjanya kerana mengambil tindakan drastik untuk memberhentikan kerja tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu mengenai hal tersebut.

Dia juga mengakui tidak tergesa-gesa untuk mengambil vaksin pada awalnya kerana kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk ambil vaksin di samping dia juga masih ada perasaan takut dan was-was kerasa isu AEFI.

@lia_rose91

Ok bai 💃

♬ Dont be happier – Hane

Pun begitu, dia menitipkan pesan kepada mereka yang ingin bekerja supaya cepat-cepatlah ambil vaksin dan janganlah bertangguh lagi seperti dirinya.

Apa-apapun admin harap pekerja tersebut rujuklah ke mana-mana doktor yang arif tentang bab vaksin ni kalau masih rasa ragu-ragu nak ambil. Sebaiknya ambillah untuk kebaikan bersama. 

Baca: Membimbangkan, 67 Kanak-kanak Meninggal Akibat Covid-19! KKM Jangka 80% Lengkap Divaksinasi Menjelang 2022

Covidiot

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.