in

“Palatao sangat ni” – Komen Sharifah Shahirah Diselar Kerana Nama ‘Mail’, Sekali Salah Orang Rupanya

15 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adat dalam mana-mana permainan sekalipun, pasti ada menang kalah. Yang menang, pastinya ada peluang untuk berbangga dengan kejayaan yang mereka capai. Demikianlah yang dirasakan oleh pasukan KL City FC apabila tampil menjuarai Piala Malaysia 2021 selepas menumpaskan JDT 2-0.


Baru-baru ini, penyerang KL City FC, Safee Sali telah memuat naik gambarnya ‘tidur’ sambil memeluk piala keramat itu.

Dengan kapsyen “Alhamdulillah”, perkongsian itu meraih perhatian ramai pihak termasuklah Presiden kelab bola sepak itu sendiri, Tan Sri Annuar Musa dan rakan-rakan selebriti lain seperti Sharnaaz Ahmad, Gambit Saifullah dan Sharifah Shahirah.

Walau bagaimanapun, komen daripada Sharifah Shahirah atau nama penggunanya @shieraijoy telah menerima kecaman hebat oleh beberapa pengguna lain gara-gara nama ‘Mail’ yang disebut oleh pengacara tersebut.

10

12

Sebenarnya, berlaku salah faham apabila pengguna tersebut menganggap ‘Mail’ yang disebut itu merupakan Presiden Kelab Johor Darul Takzim (JDT). Ini kerana individu yang disangka itu merupakan kerabat diraja, jadi tidak sopan untuk dipanggil dengan nama pendek sedemikian.

Namun, ‘Mail’ yang dimaksudkan oleh Sharifah Shahirah itu sebenarnya merujuk kepada penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang merupakan sahabat baik Ijoy Azhari, suami kepada selebriti itu. Difahamkan Farizal Marlias dipanggil dengan nama ‘Mail’ oleh kawan-kawan rapatnya.

13

9

Hal ini menjadikan tuduhan ‘biadab’ itu tidak berasas, sekaligus menyebabkan selebriti itu tampil sendiri menjelaskan. Malah penyampai radio itu turut berasa kesal apabila ada akaun palsu yang turut ‘menyerang’ laman Instagram Suria FM.

5 1

Meskipun awalnya Sharifah Shahirah dilihat tidak mengambil pusing berkenaan isu ini dan menganggap kecaman-kecaman itu datang dari akaun palsu, namun siapa saja tidak ‘panas’ kalau dah membabitkan tempat kerja, kan? Lebih-lebih lagi dituduh terhadap perkara yang tak patut.

Macam-macam hal ya netizen ni. Lain kali kalau nak kecam tu, janganlah hantar peluru sesat je. Atau lebih baik, tak payah kecam langsung, okay?

Baca: Kenali Kevin Ray Mendoza, Penjaga Gol KL City Yang Jadi Sebutan Ramai Hingga Digelar Man Of The Match!

7 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Portal
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.