in

Kenali Kevin Ray Mendoza, Penjaga Gol KL City Yang Jadi Sebutan Ramai Hingga Digelar Man Of The Match!

Kevin Ray Mendoza Kl City

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 32 tahun menanti, Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) akhirnya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjulang Piala Malaysia semalam selepas menewaskan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 2-0 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Kemenangan itu amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus meraih tiket ke Piala AFC pada musim hadapan. Wah tahniah KL City! 

After 32 years – The cup is OURS! CHAMPIONS of Final TM Piala Malaysia 2021!! #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub

Posted by Kuala Lumpur City on Tuesday, November 30, 2021

 

Nama Kevin Medoza jadi sebutan

Sepanjang perlawanan berlangsung, penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza nampaknya telah mencuri perhatian netizen.

Bukan hanya disebabkan ketampanannya, namun ketangkasan Kevin dalam mengawal gawang gol daripada dibolosi bola sehingga ke akhir perlawanan juga membuatkan netizen terpegun.

Bagi yang belum mengenali Kevin, beliau yang dilahirkan pada 29 September 1994 ini merupakan pemain bola sepak profesional yang juga bermain buat Pasukan Kebangsaan Filipina.

Kevin telah dilahirkan serta dibesarkan di Denmark ini mempunyai kacukan Filipina yang mana membuatkan dia mampu bermain buat pasukan Denmark dan Filipina di peringkat antarabangsa.

 

Sudah berkahwin dengan gadis Denmark 

Menerusi carian di Instagram Kevin yang kini sedang meningkat followersnya ke 47,000 pengikut ketika artikel ini ditulis, beliau sudah pun berkahwin dengan gadis Denmark bernama Nadia Baekgaard.

Nadia ialah seorang pereka grafik dan kini menetap di Malaysia bersama Kevin.

Apa-apapun tahniah diucapkan buat pasukan KL City dan semoga kerjaya Kevin dalam sukan bola sepak selepas ini terus menyinar. 

Baca: Bintang Bola Sepak Dunia, Cristiano Ronaldo Pula Positif Covid-19 Lepas Lawan Perancis

Ronaldo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.