in

‘Pakar Tangkap Jin’ Dakwa Kematian 6 Anggota Bomba Akibat Pandangan Ditutup Jin di Lombong

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum lagi reda spekulasi dan kesedihan ahli keluarga dengan pemergian 6 anggota bomba yang terkorban minggu lalu, ada pula cerita tak enak didengar timbul.


Satu perkongsian di Facebook pada 4 Oktober lalu menarik perhatian ramai netizen dan menimbulkan pelbagai reaksi. Menurut posting tersebut, tragedi yang berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong tu berpunca daripada gangguan jin di lombong tu! 

Bomba
sumber: facebook

Malah, mereka dakwa dah ke lombong tu untuk mencari jin-jin yang bertanggungjawab ganggu kesemua mangsa ketika operasi.

Alhamdulillah, kami dapat tangkap jin-jin yang ganggu operasi itu.”

Jin 1
sumber: facebook

Menurut mStar, Sa’ad Jaafar, 45, yang menggelarkan dirinya sebagai pakar tangkap jin ketika dihubungi berkata dia berasa pelik lepas baca berita kematian 6 anggota bomba tersebut.

“Setelah terbaca berita dalam talian mengenai insiden itu, saya berasa pelik sebab enam orang anggota mati lemas sekali gus.

“Apa yang saya tahu mereka memang mempunyai kepakaran berenang dan menyelam, saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka.

“Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu.”

Jin 2
sumber: facebook

Kata Sa’ad lagi, pihaknya dah berjaya tangkap ketua dan ahli-ahli jin tu pada malam tersebut dan disimpan dalam satu ‘penjara khas’ yang berada di alam ghaib. Dia juga dah soal jin tu untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada 6 anggota yang terkorban.

Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari.”

“Kami ‘belasah’ cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban.

“Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas.”

Lemas
sumber: facebook

Dia juga berpesan supaya kita dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama jika mahu elak diganggu jin.

“Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak.

“Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.”

Apa benda lah dorang ni. Hmm

Baca: “Bukan mati syahid, mereka mati katak!” – Netizen Pertikai Ketua Pengarah Bomba Lepas Tangan

Anggota Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.