in

“Bukan mati syahid, mereka mati katak!” – Netizen Pertikai Ketua Pengarah Bomba Lepas Tangan

Anggota Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Operasi menyelamat seorang remaja lelaki yang dilaporkan tergelincir ketika memancing dekat sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada minggu lalu bertukar tragedi apabila enam anggota bomba maut akibat lemas.


Bermacam kisah sedih dan duka dikongsikan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang kita baca sejak itu. Malah, satu pertubuhan NGO dilaporkan nak saman Jabatan Bomba kerana kecuaian yang menyebabkan kematian enam hero itu.

Bomba Maut
sumber: facebook

Terbaru, satu perkongsian daripada seorang netizen di Facebook pada 6 Oktober mendapat perhatian ramai apabila dia mempertikaikan kes itu secara lebih mendalam.

Menurut Chin Tu Lan, operasi itu tidak boleh dikira sebagai operasi menyelamat. Kenapa?

“Kalau remaja tu jatuh pada jam 5 petang dan kawan-kawan tak nampak mangsa timbul, bermakna dia sudah mati (lemas) pada jam 5.05 petang, sebelum mereka hubungi 999, malah sebelum bomba sampai.”

 

Sepatutnya ia adalah operasi pemulihan

Pertikai 1
sumber: facebook

Person in charge adalah seorang yang bodoh, tak ada ilmu pengetahuan yang cukup, pengalaman atau common sense untuk buat keputusan yang baik. Lebih teruk, mayat mangsa dijumpai 800 meter dari tempat dia terjatuh keesokan hari, bermaksud si bodoh itu tidak ambil peduli sama ada mereka mencari di kawasan yang betul! (Patutnya guna je anjing yang digunakan keesokan hari tu).”

 

Kenapa Ketua Pengarah Bomba pertahankan ianya satu misi menyelamat?

Ketua Pengarah
sumber: facebook

“Ketika pasukan penyelamat mulakan pencarian, jam sudah pun pukul 9 malam. Remaja lelaki tu dah mati selama empat jam. Macam mana Ketua Pengarah Bomba mempertahankan ini adalah misi menyelamat? Kalau dia tak tahu yang manusia tak boleh bertahan dalam air lebih daripada 5 minit, macam mana dia boleh jadi Ketua Pengarah?”

“Kesemua anggota tu membentuk rantaian manusia dengan harapan kaki mereka boleh tercapai/terkena mayat mangsa, itu sudah membuatkan semua orang tahu yang ianya adalah operasi pemulihan. Jadi, siapa yang Ketua Pengarah cuba nak bodohkan? Dan kenapa?”

 

Person in charge cuai

“Memandangkan person in charge tu dah tahu remaja tersebut dah mati dan ia adalah misi pemulihan, bermakna dia cuai sebab hantar kesemua anggota tu untuk mencari sesuatu yang boleh dilakukan keesokan pagi.”

Anggota tu tak ada peralatan yang betul, tak tahu teknik yang betul dan tak mencari di tempat yang betul pun!”

“Lebih teruk lagi, sebelum tu hari hujan sampai kepala air dah turun, dan dia (Ketua Pengarah) boleh pulak terkejut. Inilah Ketua Pengarah penyelamat yang tak tahu tentang kepala air. Wow… Dia hantar enam anggota yang bagus ni menempah maut.”

 

Individu berjawatan tinggi ‘back up’

Hanipa

“Semua tahu Ketua Pengarah ni dah buat kesilapan. Tiba-tiba mereka yang berjawatan tinggi lindungi dia. Sampai sekarang kita taktau siapa individu (person in charge) ni. Ketua Pengarah tu tipu dengan berkata mereka hantar kesemua anggota tu sebab ada harapan untuk menyelamat.”

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin laju je cakap, ‘Berhenti tuding jari! Apa yang berlaku di luar kawalan mana-mana pihak.”

“Mufti Wilayah pula terus umum kematian enam anggota ni sebagai mati syahid dan masuk syurga. Tak, mereka ini mati katak disebabkan kecuaian seorang individu!”

Bomba
sumber: facebook

Chin turut mempersoal identiti person in charge tu dan apakah kepentingannya sehingga dua Menteri, Ketua Pengarah dan Mufti mempertahankan dia?

Kenapa Menteri tak tanya soalan? Kenapa mereka tak mempertahankan mangsa? Kenapa tiada janji untuk penyiasatan dijalankan? Lebih penting, berani mereka suruh rakyat untuk berhenti bertanya!”

“Ketua yang tidak cekap ini patut didakwa dengan pembunuhan dan Ketua Pengarah serta Menteri kerana berkomplot untuk menutup jenayah.”

Kebumi
sumber: fmt

Di pengakhiran status, Chin ada update kenyataan daripada Ketua Pengarah tu yang membuat keputusan berdasarkan situasi. Mereka dikatakan mengikut SOP untuk misi menyelamat ‘slow water’, dan kejadian itu adalah ‘fast water’. Jadi, mereka menggunakan teknik dan peralatan yang salah untuk situasi misi menyelamat tersebut.

Moga ada keadilan agar kematian kesemua anggota bomba tu tak sia-sia. Mereka adalah hero! Al Fatihah.

Baca: Syarikat NGO Ini Nak Saman Jabatan Bomba Pasal Kematian 6 Anggota, Ini Alasannya!

Mangsa Korban 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.