in

Pakar Saran Pendekatan Baharu Rawat Ketagihan Bahan Terlarang

Rawatan Ketagihan

Kalau kita buka kamus Dewan online dan buat carian perkataan ‘drug’, definisi yang diberikan adalah ‘ubat’ dan juga ‘dadah’. Sama juga sekiranya kita buat pencarian tentang makna perkataan dadah, berikut adalah jawapannya :

Definisi : 1. ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, he­roin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya ber­­lanjutan (merosakkan kesihatan, mem­bawa maut, dll)

Jadi, perkataan penyalahgunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan masalah penggunaan dan juga masalah-masalah yang lain berkaitan dadah.

Pexels Polina Tankilevitch 3873209

Menurut perkongsian Solace Asia, salah satu tanda seseorang itu telah ketagih adalah bila mereka masih meneruskan penggunaan ubat tertentu walaupun ia tidak lagi diperlukan untuk masalah perubatan.

Penyalahgunaan dadah di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan ianya semakin meningkat walaupun kerajaan telah mengambil langkah terdesak untuk mengelakkan perkara sebegitu daripada berlaku.

Perlu ada pendekatan baharu rawat penagih

Menurut pakar, salah satu kaedah rawatan bagi mengurangkan ketagihan adalah Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone yang merupakan salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat.

Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perlakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

Download

Selain dadah, salah satu masalah yang menjadi perbincangan hangat dan bakal menimbulkan percanggahan pendapat adalah perbuatan merokok.

Menurut Utusan Malaysia, bilangan perokok di Malaysia terus meningkat kepada 4.8 juta orang pada 2021 berbanding 4.7 juta pada 2011 dan bagi menangani tabiat itu, kabinet telah mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok yang melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk berkaitan rokok termasuk jenis elektronik bagi generasi muda yang lahir selepas 2007.

Polisi yang dikenali sebagai generasi penamat atau Generational End Game tersebut mencetuskan pelbagai persoalan dan tidak kurang juga mendapat reaksi pelbagai pihak mengenai keberkesanannya dan kebolehlaksanaan terutama dalam beberapa situasi terkini negara ini.

Lebih 600,000 Orang Tidak Bersetuju

Bagaimanapun, Datametrics Research and Information Sdn. Bhd. (DARE)  mendedahkan, dalam satu laporan bahawa, 83 peratus rakyat di negara ini berpendapat aktiviti perdagangan rokok seludup akan meningkat mendadak susulan larangan penjualan kepada individu yang lahir selepas 2007.

Dalam masa yang sama, kebimbangan terhadap perlaksanaan GEG di Malaysia yang turut memasukkan larangan alternatif merokok yang kurang berbahaya seperti vape, yang berpotensi mengurangkan kelaziman merokok turut dizahirkan oleh pengamal perubatan melalui Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM).

Geg Baru

FPMPAM dalam masa yang sama menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertimbangkan pendekatan pengurangan bahaya sebelum “tergesa-gesa” untuk menggubal GEG mengenai vape.

Perkara tersebut turut ‘dipersetujui’ ramai apabila petisyen untuk menolak GEG yang dilakukan oleh Malaysia Bersuara mendapat lebih 600,000 tandatangan menurut laporan FMT.

Untuk rekod, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kini berada di peringkat kedua dimana pada peringkat ini Jawatankuasa Pilihan Khas boleh membuat penambahan atau cadangan kepada RUU tersebut.

Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh sebulan dan boleh dilanjutkan sebelum sesi persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 akan datang untuk mencadangkan apa-apa penambahbaikan jika perlu, tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.

Sumber: KKM
Sumber: Utusan