in

“Pakai pakaian biasa untuk mudah ‘serang hendap'” – Polis Kini ‘Menyamar’ Untuk Buru ‘Orang Degil’ Langgar SOP COVID 19

Sop Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin bagi sesetengah orang, SOP COVID 19 yang ditetapkan kerajaan ini dianggap perkara ringan dan ada juga yang ambil mudah untuk tidak mematuhi SOP terutamanya bila di kedai makan.


Tapi korang jangan ‘main-main’ sebab polis sekarang sudah semakin ‘bijak’ dalam mengesan orang awam yang tidak patuh SOP apabila mereka muncul berpakaian preman di lokasi awam atau di mana-mana saja tanpa korang ketahui. Alamak! 

Menerusi satu video yang viral di Facebook, tanpa membunyikan siren, sekumpulan lelaki telah diterjah polis secara tiba-tiba dan dikenakan kompaun apabila dilihat sambil lewa dalam mengikuti SOP COVID 19 di sebuah kedai makan. 

Polis menyamar buru 'orang degil' yg langgar SOP Covid-19 di Bandar Puteri Puchong

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, November 7, 2020

 

Kejadian yang dikatakan berlaku di Bandar Puteri, Puchong ini berlaku selepas empat lelaki tersebut dilihat sedang menjamu selera diambil tindakan oleh dua orang polis selepas tidak mematuhi SOP (empat orang satu meja) dan tidak memakai pelitup muka.

Menurut Harian Metro, anggota polis di Selangor memilih untuk memakai pakaian biasa kerana ia memudahkan operasi ‘serang hendap’ terhadap individu yang degil dan ingkar arahan SOP di lokasi awam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, Polis Selangor kini mempunyai pasukan pematuhan yang membuat pemantauan di peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan juga di peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) negeri tersebut.

“Pasukan ini membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis di Selangor, jadi mereka yang didapati ingkar pada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diambil tindakan.

“Pasukan ini ditubuhkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi.

Katanya lagi, pasukan ini tidak semestinya berpakaian beruniform tetapi perlu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa semasa mengambil tindakan ke atas orang yang melanggar SOP.

Haa jaga-jaga, jangan ingat tak ada polis korang boleh terlepas…. 

Baca: “Tahap pematuhan penduduk terhadap SOP mencegah wabak Covid-19 kini mencapai 95 peratus” – Ketua Polis Kelantan

Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.