in

“Tahap pematuhan penduduk terhadap SOP mencegah wabak Covid-19 kini mencapai 95 peratus” – Ketua Polis Kelantan

Kelantan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi membendung wabak Covid-19, rakyat perlulah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Ternyata, dengan mematuhi SOP, penularan wabak ini dapat disekat seperti di Kelantan.

Tiada kes baru Covid-19 dicatatkan di sana semalam. Korang boleh rujuk sini untuk info terperinchi.

Kelantan

Sejak awal Oktober lalu, polis Kelantan telah mengeluarkan 300 kompaun dalam tempoh 18 hari atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan. – Lapor Harian Metro

Kebanyakan dari mereka dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan kegagalan premis perniagaan mematuhi SOP.

Kelantan2

Kelantan1

 

Namun, Ketua Polis, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihak mereka berpuas hati dengan tahap pematuhan penduduk terhadap SOP.

 

Tahap pematuhan penduduk terhadap SOP mencegah wabak Covid-19 yang kini mencapai 95 peratus.

 

Tambahnya lagi semasa sidang media selepas Lawatan Pemantauan SOP Mencegah Covid-19 di Pasar Besar Tasek Raja hari ini,

“Sejak penguatkuasaan semakin diperkasakan, rata-rata penduduk akur dengan SOP, antaranya memakai pelitup muka, mendaftar dengan aplikasi MySejahtera dan memakai cecair pembasmi kuman.

“Tahap pematuhan semakin baik dan ini dapat dilihat menerusi penurunan kompaun yang dikeluarkan sehingga kini.

“Keseluruhannya sejak Mac lalu, 986 kompaun dikeluarkan kerana melanggar PKP.”

Perantau yang pulang dari kawasan berisiko juga mempunyai kesedaran dengan melakukan kuarantin kendiri selain patuh arahan mencegah penularan wabak.

Hebat warga Kelantan!

 

Baca : “Kan dah mendapat” – 264 Individu Kena Bayar Kompaun RM1,000 Sebab Tak Amalkan Jarak Sosial di Pub

Kelantan3

Sumber: MOH
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.