in

“Paip pecah, tutup pakai kesabaran je” – Netizen Tak Puas Hati, Pasaraya Tutup Bahagian ‘Bukan Essential Item’

Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, timbul kekecohan di kalangan netizen selepas segelintir yang keluar untuk membeli barang keperluan di pasaraya meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila beberapa bahagian di pasaraya tersebut telah ditutup.


Menerusi perkongsian di Twitter, antara bahagian dalam pasaraya atau kedai serbaneka yang ditutup ialah bahagian alat tulis, barang-barang hardware dan juga bahagian menjual pewarna rambut.

 

“Masuk DIY nak beli plug extension sebab plug rosak. Sekali bukak bahagian makanan je” 

Menurut netizen, hanya bahagian makanan sahaja dibenarkan dibuka di pasaraya dan kedai serbaneka seperti Mr DIY yang terkenal dengan menjual barang-barang perkakasan rumah.

Tambah netizen lagi, penutupan beberapa bahagian di pasaraya ini mendatangkan kesusahan terutamanya buat pelajar dan para guru yang perlu mendapatkan barangan seperti kertas dan alat tulis untuk bersedia menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang akan dilaksanakan mulai 13 dan 14 Jun ini sehingga 16, 17 Julai.

Kerajaanbangang

 

“Untuk mengurangkan masa membeli belah…” 

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen menjelaskan yang tujuan pihak berkuasa menutup beberapa section di dalam pasaraya tersebut ialah untuk mengurangkan masa membeli belah.

Oleh itu orang ramai hanya dibenarkan membeli makanan asas saja supaya tidak berlamaan di pasaraya. Oh gitu… 

Maroh

Apa-apapun netizen diharap bersabar kerana admin yakin pihak berkuasa pasti akan buat sesuatu bila ramai yang suarakan rasa tidak puas hati ni.

Secara logiknya, kalau buka semua bahagian tersebut di pasaraya pun tak salah sebab ia dikira sebagai essential item juga di masa-masa yang tak dijangka.

Baca: “Bukannya tak boleh keluar beli barang” – Risau PKP Lebih Ketat, Ramai Yang Mula ‘Panic Buying’

Panic 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.