in

Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap ‘Cool’ Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall

Pageni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap 'Cool' Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall
Loading
/

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak mereka lahir dalam keadaan sihat dan membesar dengan aktif. Namun, tidak semua orang dikurniakan anak yang cergas tanpa sebarang penyakit. Inilah yang terpaksa dihadapi oleh sebuah keluarga yang dikurniakan anak istimewa penghidap autisme.


Iman Wan yang juga bapa kepada anak kedua yang menghidap autisme sejak berusia dua tahun ini tidak teragak-agak untuk memuat naik video yang memaparkan situasi yang dilalui mereka sekeluarga sewaktu berdepan gejala autisme yang dipamerkan anaknya di laman Instagram dan Facebook miliknya.

A3 3
sumber: instagram

Bapa yang berusia 51 tahun ini mengaku bahawa pada awalnya dia berasa malu untuk memuat  naik video kerenah anaknya yang tidak seperti anak normal lain. Pun begitu, komen-komen positif yang diterima di media sosial membuatkan Iman semakin rancak berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang bapa kepada anak penghidap autisme.

“Dulu saya pun malu nak upload, takkan kami nak kongsi kekurangan anak kami ketika orang lain berkongsi tentang anak mereka yang pandai belajar.”

“Tapi bila ramai yang nak tahu tentang Adam dan realiti hidup kami, saya terus membuat lebih banyak posting.

A2 2
sumber: instagram

Dalam satu video yang dikongsikan di laman Instagram Iman, anaknya Adam kelihatan sedang mengamuk di sebuah pusat beli belah dan terpaksa ditenangkan dengan cara yang mungkin kelihatan agak kasar pada pandangan mata orang lain. Dia sehinggakan terpaksa mengheret dan menekan badan anaknya dengan kaki. Namun Iman sentiasa dilihat sabar melayan kerenah Adam.

Tanpa sebarang kata-kata rungutan, si bapa kelihatan begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Adam pada waktu itu dikatakan lapar dan mengamuk ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk menikmati hidangan spageti kegemaran anak lelakinya itu.

Sumber: Instagram

“Betulkan minda dan pemikiran, kita boleh mencipta kehidupan terbaik dengan kehadiran anak istimewa ini.”

Kesabaran Iman dan keluarga menjaga Adam meruntun jiwa netizen yang rata-rata memuji ketabahan lelaki ini. Selain itu, kata-kata semangat yang sering dikongsikan Iman untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap autisme juga membuatkan netizen sering berkunjung ke laman Instagram.

“Seorang bapa yang terbaik, selalu bila ada anak sakit, kebanyakannya ibu yang selalu tanggung sorang-sorang,” kata seorang netizen meninggalkan komen di Instagram Iman.

“Tak semua ibu bapa boleh jadi macam korang berdua,” kata seorang lagi netizen.

A4 2
sumber: instagram
A1 2
sumber: instagram

Pada saat ini, perkongsian Iman tentang kisah hidup keluarganya yang mempunyai anak autisme di laman Instagram sudah menarik perhatian hampir 100 ribu followers. Iman menekankan bahawa ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mengorbankan kehidupan mereka dan sentiasa berfikiran positif apabila diduga dengan ujian besar seperti ini.

Semoga dengan perkongsian Iman, lebih ramai orang sedar akan realiti kehidupan keluarga yang mempunyai anak penghidap autisme dan tidak lagi memandang serong jika bertemu dengan mereka di tempat awam.

Baca: Tindakan Ibu Seret Anak Autisme Terima Kecaman, Namun Ini Sebenarnya Berlaku…

Autism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.