in

“Pagi, petang, malam makan maggi” – Suami Ceraikan Isteri Sebab Hanya Tahu Masak Maggi Instant

page maggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh kata, Maggi instant ni makanan yang paling senang nak buat. Rendam air panas untuk 3 minit lepas tu siap! Sebab tu juga, kebanyakan pelajar universiti akan ada stok simpanan Maggi sendiri.

Bukan tu je, orang bujang pun kerap juga makan Maggi sebab diorang selalunya tinggal seorang dan tak perlu masak lauk yang banyak untuk diri sendiri. Benda senang nak masak kan? Memang jadi pilihan lah lagi-lagi kalau malas nak keluar beli makanan.


Tapi, korang jangan terkejut pula bila rutin makan Maggi ini bertukar menjadi satu mimpi ngeri untuk pasangan suami isteri di India sampaikan diorang terpaksa bercerai!

maggi

“Pagi, petang, malam asyik Maggi”

Menurut sumber, punca suaminya failkan perceraian adalah kerana isterinya hanya tahu untuk masak Maggi dan bukannya lauk-lauk lain untuk dijadikan juadah. Katanya setiap kali makan memang akan hidang mee Maggi tu je!

1 90

Aduan itu dibuat kepada bekas Ketua Hakim Daerah Ballari, India iaitu ML Raghunath dan ini jawapannya…

“Memang sarapan, makan tengah hari dan makan malam asyik makan Maggi. Si suami juga mengadu bahawa si isteri akan pergi ke kedai dan membeli mee Maggi sahaja” – Ujar ML Raghunath

Tambah Raghunath lagi, dia mengatakan bahawa pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bercerai selepas mendapat persetujuan bersama dan menggelarkan kes penceraian ini sebagai ‘Kes Maggi’.

Alamak, seram pulak baca… Nasib baik min pandai masak. Hihihi…

Baca: Jus & Potongan Buah Mangga Dicampur Dalam Maggi, Sedap Ke?

untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.