in

Baru Tahu! 7 Perkataan Harian Yang Sebenarnya Adalah Jenama Produk Popular

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan teknik pemasaran yang hebat dan berterusan, sesebuah jenama akan terus diingati oleh orang ramai. Jenama yang hebat bukan sahaja akan dipilih oleh pelanggan, tetapi ia akan menjadi nama rasmi buat kategori produk itu.


Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak jenama popular yang digunakan dalam perkataan harian untuk merujuk kepada sesuatu benda. Untuk itu, berikut adalah senarai perkataan harian yang sebenarnya adalah jenama popular.

1. Maggi

8587Befa94B968A896B9Cf4Fa6F482D7

Di Malaysia, jarang sekali kita mendengar pelanggan memesan mi segera goreng kepada pelayan di restoran Mamak. Sebaliknya, pelanggan akan menggunakan perkataan ‘Megi Goreng’ atau ‘Maggi Goreng’ untuk merujuk kepada makanan tersebut.

Ia sudah menjadi terlalu sinonim di Malaysia, sehinggakan Maggi adalah makanan yang disediakan oleh hampir semua gerai dan restoran. Walhal, tanpa kita sedari Maggi sebenarnya adalah sebuah jenama.

2. Ridsect

Johor Bahru Malaysia May Ridsect Mosquito Spray Aerosol Sold Super Market 148226971

Mungkin ramai yang menyedari Ridsect adalah jenama untuk racun serangga yang dikhususkan untuk nyamuk. Namun, perkataan Ridsect sering digunakan oleh orang Malaysia untuk merujuk kepada racun serangga tidak kira apa jenama pun.

Mungkin kerana iklan Ridsect sering dimainkan di televisyen, sehingga rata-rata rakyat Malaysia menggunakan nama jenama ini sebagai simbol kepada racun serangga.

3. Pampers

Pampers Diapers At Kroger

“Bang nanti kirim beli pampers anak satu”

Sebutan buat lampin bayi dalam bahasa Inggeris adalah ‘diaper’. Namun, ramai yang menyebutkan lampin bayi sebagai Pampers tanpa menyedari ia adalah sebuah jenama yang dihasilkan oleh syarikat Procter & Gamble pada tahun 1961.

4. Milo

Ev3Abhpuyaejs38

Seperti Maggi, Milo adalah satu menu yang boleh didapati di seluruh restoran dan gerai di Malaysia. Dari kedai mamak, sehinggalah ke restoran makanan segera seperti McDonald’s, air Milo boleh didapati!

Milo adalah jenama di bawah Nestle yang mula diperkenalkan pada 88 tahun dahulu. Punyalah popular jenama ini, orang ramai lebih gemar membeli Milo ais daripada air coklat ais!

5. Tupperware

B9Acb40B6Ecda9C56Bf4F02220Ea281D

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita memanggil bekas plastik sebagai Tupperware. Malah, makcik-makcik di kampung pasti terkejut jika diberitahu bahawa Tupperware adalah nama jenama dan bukannya sebutan sebenar untuk bekas plastik seperti yang mereka sangka.

Tupperware sudah lama bertapak sebagai jenama pengeluar barangan dapur dan rumah. Jenama ini dilancarkan pada tahun 1946 dan masih popular sehingga ke hari ini.

6. Clorox

Cqlp5Jxa45Nidce2Sa4Qyxy7Ty

Cecair peluntur digunakan untuk mencuci kain atau kotoran degil yang sukar untuk dibersihkan. Di Malaysia, cecair peluntur pakaian akan disebut sebagai Clorox memandangkan ia sudah sinonim dengan barangan ini.

7. Eskalator

Eskalator merujuk kepada tangga bergerak yang boleh membawa orang ramai naik atau turun secara automatik tanpa perlu menekan apa-apa butang. Namun tahukah anda, eskalator sebenarnya adalah nama jenama popular!

097450000 1485944293 Metro

Pada zaman dahulu, eskalator mula dikenali dengan nama yang berbeza seperti ‘endless conveyor of elevator’, ‘motorstair’, ‘electric stairway’ dan ‘inclined elevator’. Namun ia mula berubah selepas syarikat Otis Elevator Co. memperkenalkan terma ‘Escalator’ sebagai jenama produk mereka.

Syarikat ini pernah cuba untuk mempatenkan jenama ini sebagai hak milik mereka, namun gagal selepas pihak penyelia hak cipta di Amerika Syarikat menolak permintaan ini. Ini disebabkan mereka berasa perkataan eskalator sudah selesa digunakan oleh orang ramai.

Kredit: Mental Floss

BACA: Mengapa Papan Kekunci Disusun Secara QWERTY Dan Bukannya ABCDE?

Capture 11

 

Sumber: Lazada
Sumber: Dreamstime
Sumber: Wikipedia
Sumber: Shopee
Sumber: Reuters
Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.