Mi segera jenama Maggi telah sekian lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Zaman duduk asrama atau kolej dulu, memang Maggi akan jadi kawan baik student sebab murah dan sedap terutamanya waktu hujung bulan time poket dah kering.
Selalunya orang akan masukkan sayur dan telur dalam resepi mi segera namun di sebuah gerai di India ini pula, mereka telah mencampurkan jus mangga dan potongan buah mangga ke dalam mi segera jenama Maggi itu!
Memetik laporan Liputan6, video masakan mi segera unik itu telah dikongsikan di Instagram thegreatindianfoodie.
Dapat dilihat dalam video berkenaan bahawa perencah mi segera itu dimasukkan ke dalam kuali, sama seperti cara yang kita guna untuk masak Maggi.
Cuma bezanya, jus mangga turut ditambahkan dan akhirnya, potongan buah mangga juga diletakkan di atas mi berkenaan.
Menu campuran Maggi mangga itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berminat nak cuba dan ada juga yang bingung dengan idea campuran bahan tersebut dalam masakan mi segera.
Untuk pengetahuan semua, jenama Maggi juga amat terkenal di India dan telah menjadi kegemaran penduduk di sana.
Apa pula pendapat korang? Ada rasa terliur nak cuba tak?
Sumber: Liputan6, Instagram @thegreatindianfoodie