in

“Takde adab ke?” – [VIDEO] Wanita Bengang Penghuni Flat Campak Maggi Atas Kereta

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya mereka-mereka yang mendiami rumah flat pasti jelas dengan perangai sesetengah penghuni yang begitu malas lalu mencampakkan sampah mereka dari tingkat atas. Sikap tidak bertanggungjawab ini seakan-akan menjadi satu ‘norma’ yang tidak sihat dalam kalangan penghuni flat.

Tapi tak semua penghuni flat macam tu…


Baru-baru ini, tular di laman Tiktok pengguna @nina_kechiik berkenaan bahagian bonet hadapan dan bumbung keretanya dikotori sisa-sisa mi maggi yang dibuang dari tingkat atas. Wah, melampau betul ni.

@ninakechiiiiiiiik

memang ak tak dapat terima !!!! Dasar tak ada otak !!

♬ bunyi asal – Nina_kechiik🌹 – 🌹𝓝𝓲𝓷𝓪_𝓴𝓮𝓬𝓱𝓲𝓲𝓴🌹

Menurut sumber, wanita tersebut perasan keretanya telah kotor ketika dia ingin keluar bekerja pada awal pagi beberapa hari lepas. Dia kesal kejadian tersebut berlaku kerana sehari sebelumnya kereta itu baru saja siap dikilatkan.

Hampir 15 minit juga saya kutip sisa mi segera tu sebab ada yang masuk celah-celah bonet. Masih boleh bau lagi kuah kari mi segera tu sebab ada tompokan kuah. Satu hari saya sakit hati.”

Wanita yang bekerja sebagai guru tadika itu turut menjelaskan hal ini merupakan pengalaman paling teruk selama 2 tahun dia menetap di flat tersebut.

Sebelum ini pernah juga kereta itu dilihat mempunyai kesan ludah, namun dia masih boleh menahan sabar. Wanita ini turut berkongsi kisah malang salah seorang penghuni lain di mana keretanya dilontar kondom yang masih berlendir.

Klip berdurasi 14 saat itu meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan dan lebih 18 ribu like di laman Tiktok.

Ramai pengguna lain yang menyatakan perkara ini merupakan satu norma bagi mereka yang duduk di rumah flat. Ada juga yang kongsi pengalaman mereka sendiri sebagai penghuni rumah flat.

4 1 3 1 2 1 15 1

Susahlah kita nak maju kalau sesetengah orang masih lagi dengan sikap macam ni. Min rasa mindset orang flat boleh campak sampah sesuka hati ni perlu dihapuskan serta merta.

Sumber: Mstar dan Tiktok

Baca: Penginap ‘Buat Rumah Sendiri’ Alih Perabot Di Homestay Menyusahkan Tuan Rumah

6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.