in

“Igt tengah buat amal kebajikan” – [VIDEO] Ramai Terkejut, Tengok Aksi Sekumpulan Pemuda Makan Maggi Atas ‘Batu’

Fi Makan Maggi Atas Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti hiking dan mandi sungai semestinya menjadi pilihan ramai untuk dilakukan pada hujung minggu buat masa kini, selepas kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan untuk individu yang dah lengkap dua dos vaksinasi.


Perkara ini mesti akan lebih seronok, kalau kita pergi bersama kawan-kawan yang sekepala. Mesti akan ada banyak benda yang diluar kotak pemikiran yang akan dilakukan seakan sama macam kisah ini.

 

Cuci lumut dekat batu.. Rupanya..

Terbaru, sebuah video di kawasan sungai oleh sekumpulan pemuda ini mengejutkan ramai orang disebabkan aktiviti yang boleh dikatakan agak ‘luar biasa’ dilakukan oleh mereka.

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh @ijoy95._ ini, menunjukkan sekumpulan lelaki ini sedang mengisi masa mereka di sebuah kawasan sungai.

Pada permulaan video tersebut, mereka semua dilihat melakukan aktiviti mulia apabila beberapa orang lelaki dilihat sedang menyental batu yang telah dilumur dengan sabun. Setelah itu, mereka pun membilas batu berkenaan dengan air sehingga bersih serta mengeringkannya menggunakan kain.

Maggi Atas Batu 1 Maggi Atas Batu 2

Namun lepas beberapa ketika, terlihat pula ada seorang lelaki ini memegang periuk besi yang berisi Maggi lalu terus di telungkupkan ke atas batu berkenaan. Rupanya mereka menjadikan batu yang telah dicuci itu sebagai alas untuk mereka makan bersama.

Mereka juga dilihat berpuas hati, setelah beberapa orang daripada kumpulan pemuda tersebut sedang mengaut Maggi itu untuk dimakan.

Perkongsian video tersebut telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 670 tontonan di TikTok.

https://www.tiktok.com/@ijoy95._/video/7012934305357892890?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

“Aku ingat dia nak cuci lumut tu supaya tak licin”

Di ruangan komen, tindakan sekumpulan lelaki itu nyata membuatkan rata-rata netizen tak boleh ‘brain’. Ramai yang menyangka tindakan mereka itu untuk membersihkan lumut di situ supaya tak licin.

Selain itu juga, ada yang memberi cadangan sepatutnya makanan itu di alaskan dengan daun sebab takut masih ada kekotoran pada batu berkenaan.

Reak Makan Maggi Atas Batu 3 Edit Reak Makan Maggi Atas Batu 4 Edit Reak Makan Maggi Atas Batu 2 Edit Reak Makan Maggi Atas Batu 1 Edit

Min pun mula-mula ingat mereka semua nak tolong cuci batu dekat situ, tapi mungkin mereka ada cara mereka sendiri. Tak apalah kita husnudzon agar tak ada apa-apa perkara tak diingini berlaku.

 

Baca : “Lepak nak, buang sampah tak nak” – Viral Gambar Sungai Tempat Riadah Dipenuhi Sampah Sarap

Foot Makan Maggi Atas Batu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.