Seorang wanita bergelar guru kini disiasat pihak polis kerana khabar angin yang membabitkannya mula tersebar. Menurut Daily Mail, Fiona Viotti, 30, merupakan guru di sebuah sekolah dekat Cape Town, Afrika.
Fiona yang juga anak saudara bekas jurulatih ragbi Afrika Selatan, Nick Mallett dikatakan kantoi telah meniduri 5 orang pelajarnya. Semuanya terbongkar selepas seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun mendakwa dia pernah terlibat dengan hubungan seksual bersama Fiona.
Pelajar itu pada mulanya dengan rela hati mahu meniduri Fiona namun dia kemudian mahu berhenti melakukan seks bersama gurunya. Tetapi, Fiona bagaimanapun tidak bersetuju dan terus menerus mengganggunya.
Semuanya bermula apabila Fiona hantar mesej dan suruh dia (pelajar) datang ke rumahnya. Namun lama kelamaan, dia dah tak mahu melakukannya.”
Pelajar itu kemudian berterus terang dengan kedua ibu bapanya dan mereka terus berjumpa dengan pengetua untuk membuat laporan.
Pihak sekolah telah hubungi peguam untu siasat Fiona yang juga memegang jawatan jurulatih pasukan polo air sekolah itu. Namun, dia disahkan telah meletakkan jawatan pada Oktober lepas, beberapa hari sebelum dakwaan itu tersebar.
Akhbar tempatan dalam terbitan terbaru berkata Fiona mungkin berdepan dengan dakwaan grooming. Menurut peguam Fiona, pengetua sekolah itu, Guy Pearson tidak memaklumkan kepadanya tentang dakwaan ini sebelum disebarkan kepada media.
Sexual grooming adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dibuktikan dan anda memerlukan bukti daripada tertuduh atau mangsa.”
Pihak polis perlu dapatkan kenyataan yang ditandatangani oleh mereka yang terlibat. Selepas itu, nama mereka ini akan didedahkan kepada umum.”
Bagaimanapun, siasatan tidak dimulakan lagi kerana tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak polis. Hanya penyiasat persendirian diupah pihak sekolah yang mendapati Fiona meniduri semua pelajar itu selama setidak-tidaknya enam tahun.
Kegiatan itu dilaporkan berlaku sebelum dan juga selepas Fiona berkahwin dengan suaminya, Pavo Viotti berusia 32 tahun.
Malah, Fiona juga dilaporkan pernah merakamkan video lucah dirinya yang kemudiannya tersebar di sekolah dan internet. Namun tidak dapat dipastikan video itu sebenarnya dihantar kepada pelajar yang mana tetapi ia tersebar sehingga ke laman web video lucah.
Fiona telah melanggar undang-undang sekolah dan etika sebagai seorang guru dan dia dilaporkan sudah dihalang daripada mengajar. Tapi, Fiona tidak akan dikenakan apa-apa tindakan disiplin oleh pihak sekolah kerana dia sudah pun meletakkan jawatannya lebih awal.
Sehingga kini, Fiona belum memberikan kenyataan secara terbuka semenjak isu ini tersebar dan dia juga menolak untuk memberi komen kepada pegawai penyiasat, tidak kira dengan cara penulisan atau perbualan.
Baca: “Kau miskin!” – Mati Lepas Minum Racun Perosak Sebab Cikgu ‘Pilih Kasih’, Baik Dengan Murid Kaya Je