in

“Kau miskin!” – Mati Lepas Minum Racun Perosak Sebab Cikgu ‘Pilih Kasih’, Baik Dengan Murid Kaya Je

Kena Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilalah agaknya gejala buli nak hilang dari muka bumi ni…


Pelbagai jenis buli boleh berlaku dekat seseorang. Tapi, salah satu cara yang banyak berlaku adalah membuli dengan menghamburkan kata-kata tidak elok terhadap seseorang.

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia selepas membunuh dirinya dengan meminum racun.

Buli7
sumber: 6parknews

Menurut WOB, remaja dari Shanghai itu berbuat sedemikian kerana dipercayai menjadi bahan jenaka rakan sekelas hanya sebab dia dan keluarganya miskin.

Sebelum kejadian, Lu Shijie dikatakan pulang ke rumah lepas waktu persekolahan. Ketika itu dia dilihat tidak seperti selalu, dia hanya diam dan nampak sedih sambil menyiapkan kerja sekolah.

Pada hari yang sama, bapa Shijie dapat mesej daripada cikgu sekolah mengatakan anaknya buat perangai di sekolah. Bila bapa dia cuba bertanya, Shijie mempertahankan dirinya dan kata cikgu pilih kasih dan prejudis terhadapnya.

Buli3

Buli2 1

Buli4 1
sumber: 6parknews

Menurutnya, dia dan rakan sedang bermain sebelum tiba-tiba cikgu masuk ke kelas tetapi bersikap tidak adil sebab hanya marahkan dia seorang saja.

Lepas dah terangkan dekat bapa dia, Shijie berasa kecewa dan lari keluar dari rumah. Bapanya terus kejar namun bila Shijie ditemui, dia sudah terbaring dan di sebelahnya ada botol cecair racun perosak yang dah tinggal separuh.

Selepas dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan kecemasan selama 24 jam, malangnya doktor mengesahkan Shijie mengalami kegagalan sistem pernafasan dan meninggal dunia pada 15 November jam 9 malam.

Buli5

Buli1 1
sumber: 6parknews

Difahamkan, Shijie tinggal dengan datuk dan nenek kerana bapanya terpaksa ulang alik untuk bekerja. Shijie memang seorang yang pendiam dan tidak menceritakan masalahnya dengan keluarga.

Menurut bapanya lagi, guru di sekolah memang tidak berapa kisah dengan Shijie kerana dia bukan berasal dari tempat itu selain tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

Selepas kematian Shijie, bapanya pergi ke sekolah untuk bercakap dengan rakan sekelasnya dan sangat terperanjat serta sedih bila dapat tahu anaknya menjadi mangsa buli di sekolah. Antara ejekan yang diterima Shijie adalah:

  • Diejek dan dihina kerana dia ‘budak miskin’
  • Dibuli sepanjang semester.
  • Jadi bahan ketawa sebab baju yang buruk
  • Diejek bila datuk datang jemput dari sekolah naik basikal tiga roda je
  • Pembuli reka nama yang teruk untuk ahli keluarga untuk timbulkan provokasi
Buli6
sumber: 6parknews

Pihak sekolah bagaimanapun menafikan khabar angin tentang kes buli yang berlaku terhadap Shijie dan enggan memberi komen tentang semua insiden di atas.

Menurut mereka perkara itu diserahkan kepada pihak polis yang kini sedang menjalankan siasatan selain tidak mahu mengganggu proses siasatan.

Kesiannya dia Smiley Cry

Baca: Sumbat Cebisan Kertas Dalam Mata, Gadis Muda Ini Hampir Buta Sebab Di Buli

Feature Image Budak Buta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.