in

Padah Beli Produk Online! Muka Wanita Ini Mula Membengkak, Pedih dan Kemerahan

Gsqgsahd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak ingin cantik? Ramai di antara wanita sanggup berhabis ribuan ringgit demi mendapat krim atau rawatan untuk mencantikkan kulit. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, produk kosmetik online yang muncul bagai cendawan selepas hujan pula menjadi pilihan.


Namun, pastikan sentiasa berhati-hati! Tak semua produk yang dijual atas talian selamat untuk digunakan. Anda semestinya tidak mahu menerima nasib seperti wanita ini yang mengalami bengkak pada wajahnya selepas menggunakan produk kecantikan yang dibeli secara online.

Produk
gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, mangsa, Mastura Abu Bakar, 36, pernah menggunakan produk berkenaan beberapa kali pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun, beberapa minggu lalu dia telah membeli produk yang sama daripada seorang pelajar kolej dengan harga RM50.

Malangnya selepas menggunakan produk tersebut, wajahnya yang mulus telah mengalami kepedihan, kemerahan dan sakit pada kulit. Aduhai… kesiannya! 

Gjnry
sumber: the star

Malah lebih teruk lagi, pipinya juga mula membengkak dan matanya sukar dibuka. Disebabkan kejadian ini, aktiviti hariannya terganggu dan dia mengalami kesukaran untuk tidur.

“Sebelum ini saya pernah beberapa kali guna produk sama dan nampak perubahan kulit wajah semakin cantik dan licin.

“Tapi bila gunakan produk yang baru dibeli sejak Khamis lalu, muka saya mula bengkak dan terasa pedih dan sakit pada hari Sabtu,” jelas Mastura. 

23376545 898886236932568 3081370137322683110 N
sumber: facebook

Mastura juga turut mengadu terpaksa membatalkan percutiannya bersama rakan-rakan pada hujung minggu lalu kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.

“Disebabkan tak tahan sakit, saya terus pergi klinik kesihatan dekat rumah dan diberi beberapa ubat. Esok (hari ini) saya akan dirujuk ke pakar kulit Hospital Melaka pula.

“Apa yang saya lalui ini buat saya serik, trauma dan takut untuk guna produk kecantikan lagi. Saya harap bengkak ini akan susut dan tak sanggup lagi terus menerus menahan sakit sejak beberapa hari lalu,” katanya lagi.

Kesian
sumber: facebook

Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Mastura telah mengejutkan sahabatnya, Faizah Md Noh, 32, yang tidak sangka wajah sahabatnya boleh berubah menjadi bengkak dan kemerahan pada bawah mata.

Dia juga mula mengetahui akan kesakitan yang dialami Mastura apabila wanita tersebut tidak turut serta dalam percutian yang dirancang mereka sejak dua minggu lalu.

Bengkak
sumber: facebook

“Kak Mastura beritahu tak dapat nak sertai kerana mukanya sakit. Kami ingatkan hanya sakit biasa, tapi bila dia hantar gambar melalui WhatsApp, kami terkejut lihat mukanya bengkak.

“Sebagai kawan rapat, sudah tentu pelbagai perasaan ada, rasa marah, geram pada penjual. Dalam masa sama saya kasihan dan simpati dengan Kak Mastura yang terpaksa menanggung kesakitan gara-gara produk kosmetik,” katanya.

Kejadian yang menimpa Mastura ini juga telah mendapat respon daripada Doktor Perubatan Estetik, Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar yang berpendapat kebanyakan produk memberi kesan cepat seperti produk pencerahan wajah kerana mengandungi bahan merbahaya seperti raksa, hydrouinone, tretinoin, asid azleaik dan betamethasone.

Bahan-bahan inilah yang menyebabkan kulit menjadi semakin nipis, kemerahan, sensitif dan mudah terdedah kepada penyakit seperti kanser kulit. Bahayanya! 

Menurut Dr Aidil, sepanjang tahun ini saja, lebih daripada 20 pesakit mengadu mengalami masalah kulit disebabkan penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan tersebut dan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya nasihatkan pengguna lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Jangan mudah terpedaya produk yang cepat memberi kesan pencerahan sehingga mengalami pengelupasan kulit yang teruk,” katanya.

Semoga mereka yang gemar membeli produk kecantikan secara online mengambil iktibar daripada kejadian ini. Pastikan produk yang diguna mendapat kelulusan dan selamat! 

Baca: Hati-hati Beli Produk Kosmetik Tiruan, Kilang Terbongkar Proses Produk Dalam Keadaan Menjijikkan

Kosmetik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.