Semua orang ingin menjadi cantik. Tetapi, kebanyakan mereka yang tamak dalam mendapatkan barangan murah akhirnya memilih untuk membeli produk tiruan kerana ingin berjimat cermat. Namun ada sebabnya mengapa barangan kosmetik ini berharga mahal.
Sanggupkah anda mengambil risiko dan merosakkan kulit anda sendiri, terutamanya pada bahagian wajah hanya kerana ingin berjimat? Ia sangat merbahaya, tambahan pula dengan membeli produk tiruan dari Thailand yang memang murah-murah.
Pendedahan dari laman Facebook Discounts from Cambodeal ini mungkin akan membuat anda berfikir dua kali! Produk yang murah seperti gincu ini tidak berkualiti dan dibuat dengan cara yang amat menjiikkan.
Bekas-bekas yang mengandungi cecair gincu dengan pelbagai warna kelihatan terbuka dan bercampur-campur. Malah bekas yang menuangkan cecair gincu itu juga kelihatan sangat kotor.
Kelihatan juga bekas gincu yang sudah diisi dengan cecair yang kelihatan seperti cat! Siapa tahu dari mana pewarna gincu tersebut diperbuat. Boleh jadi mereka gunakan cat daripada pewarna yang sepatutnya dipakai.
Melihatkan keadaan bagaimana produk tersebut diproses di kilang, sudah pasti anda tidak sanggup untuk memakaikan ia ke muka apatah lagi bibir anda yang lembut itu.
Lebih teruk lagi, bekas yang mengisi gincu ini kelihatan seperti label antarabangsa yang terkenal!
Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut berasa jijik dan mulai sedar akan kepentingan membeli produk kosmetik yang original. Nak kecantikan yang semulajadi kenalah beli produk yang ori kan?
Salah seorang netizen berkata, “Sayangilah diri. Jangan pakai kosmetik tiruan atau apa-apa yang terlampau murah. Ia boleh membahayakan anda.”
“Baik pakai barang drugstore saja. Murah dan berkualiti,” kata seorang netizen lagi.
Belilah produk kosmetik yang original. Sungguhpun mahal sedikit, tak apa. Yang penting berkualiti dan wajah anda tidak terdedah kepada bahaya.
Tak takut ke kalau satu hari nanti kulit berubah jadi kusam dan bibir jadi hitam? Fikir-fikirkanlah…
Baca: Peniaga Online Minta Pelanggan “PM untuk Harga” Akan Dihukum Penjara Dan Denda