in

Oyen Tumpahkan 10 Botol Cecair Kimia Di Makmal IPG, Bomba Terpaksa Datang Bersihkan

Oyen Tumpahkan Cecair Kimia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di makmal Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang petang semalam apabila terpaksa dikosongkan susulan berlaku tumpahan cecair kimia yang berpunca daripada seekor kucing.

Kejadian itu menyebabkan pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil bagi melakukan pemeriksaan dan pembersihan di bilik makmal itu.


Difahamkan, tumpahan berkenaan disedari oleh pembantu makmal sebelum wanita itu menghubungi talian kecemasan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Oyen Datang Hospital Minta Bantuan, Netizen Puji ‘Nurse’ Sanggup Rawat Tangan Si Bulus

Artikel berkaitan: Sekeluarga Muntah-muntah, Jiran Durjana Letak Bahan Kimia Bawah Pintu Sebab Tak Tahan Bunyi Bising

41696949924 Tumpahancecair

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.48 petang.

Katanya, seramai 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Bayan Baru dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian anggota dapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis sodium dehidrogen kuantiti 10 botol dengan jumlah keseluruhan 500 milimeter telah pecah di dalam bilik makmal berkeluasan 10×10 kaki persegi,” katanya.

Menurut Fauzian, pasukan penyelamat membuat tindakan awal dengan mengosongkan dan memastikan tiada individu di dalam bangunan itu.

“Selepas mengenal pasti jenis bahan kimia yang tumpah, pasukan bomba kemudian melakukan proses nyah cemar sebelum memastikan keadaan bilik makmal benar-benar selamat.

“Sebelum kejadian itu, kelas sudah tamat dan tiada individu atau aktiviti dijalankan di dalam makmal berkenaan,” katanya.

Sumber mengatakan, botol berkenaan dijatuhkan oleh kucing yang menyelinap masuk sebelum disedari pembantu makmal.

Oyen, Oyen… nasib baik tiada kejadian serius yang berlaku.

Sumber: Harian Metro

Sumber: JBPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.