in

[VIDEO] Oyen Datang Hospital Minta Bantuan, Netizen Puji ‘Nurse’ Sanggup Rawat Tangan Si Bulus

Oyen Datang Hospital Minta Bantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang kucing berwarna oren atau lebih mesra dipanggil ‘oyen’, mesti ramai yang sudah mengenali perangainya yang sering membuat hal di luar jangkaan manusia.


Dalam kenakalannya juga, Oyen juga disifatkan seekor kucing yang bijak dalam menangani masalahnya sendiri.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Oyen dirakam berada di luar hospital bagi mendapatkan rawatan untuk tangannya yang cedera.

@enoasan2

kisah seekor kucing bernama oyen pergi hospital selayang nak wat rawatan tangan nye cedera x tau sebab ape, terbaik nurse2 kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun diaorg bantu juga memberikan rawatan terbaik.. #oyen #kucing #hospitalselayang #oyensakit

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Dalam video tersebut, kelihatan kucing tersebut sedang menunggu seseorang untuk memberikan rawatan kepadanya. Menurut pengguna TikTok @enoasan2, kejadian itu berlaku di Hospital Selayang.

Katanya, Oyen dibawa salah seorang jururawat yang lalu di situ dan segera dihantar ke bilik rawatan.

“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi Hospital Selayang nak buat rawatan tangannya cedera. Tak tahu sebab apa. Terbaik jururawat dekat sini amat sporting sekali. Dengan haiwan pun diorang bantu juga memberikan rawatan terbaik,” tulisnya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya memuji jururawat yang sudi memberikan rawatan kepada kucing itu.

Screenshot 2023 09 21 152057

Difahamkan, Oyen telah diambil oleh sebuah keluarga susulan pertanyaan orang ramai mengenai situasi terkini kucing tersebut.

“Dah ada insan yang baik hati ambil dia haritu. Tak sempat nak ambil gambar akan tu dengan keluarga dia. Doakan mereka sekeluarga murah rezeki ya,” tulis seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 750,000 tontonan dan mendapat lebih 52,000 tanda suka dalam masa sehari.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.